Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Rahsia Untuk Menyediakan Mi Kari Seafood Yang Enak, Dijamin Akan Menjadi Kegemaran Keluarga

Ini Rahsia Untuk Menyediakan Mi Kari Seafood Yang Enak, Dijamin Akan Menjadi Kegemaran Keluarga

Kategori: ,
MI KARI SEAFOOD

Mi kari merupakan kegemaran ramai buat ramai rakyat. Malah, setiap orang mempunyai resepi tersendiri untuk menyedapkannya. Bagi anda yang gemar dengan makanan laut pula, sudah cuba mi kari seafood? Sangat memuaskan.

Untuk mejadikan kuah mi kari seafood ini ada rahsianya tersendiri. Nak tahu? Jom baca perkongsian resepi oleh Iza Abu Bakar di laman Facebook.

Resepi Mi Kari Seafood

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus mi kuning (dicelur)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 pek kecil serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
  • Bebola ikan
  • Kek ikan
  • Tauhu kering
  • Udang
  • Siput atau lala
  • Kerang
  • Daun kari
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • 1 genggam ikan bilis (dikisar halus)

Bahan Hiasan

  • Sawi (dicelur)
  • Tauge
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Limau kasturi atau nipis

MI KARI SEAFOOD MI KARI SEAFOOD MI KARI SEAFOOD

Cara Penyediaan

  1. Tumiskan bahan kisar, 3 sekawan, cili kisar dan rempah kari. Masak sehingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan ikan bilis yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan kerang, siput, udang, kek ikan, bebola ikan dan masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan santan, garam, gula secukupnya. Jika suka, boleh letakkan kiub pati ayam sebagai penambah rasa. MI KARI SEAFOOD
  5. Kemudian, masukkan tauhu kering. Kacau rata dan biarkan masak sehingga mendidih. MI KARI SEAFOOD
  6. Tutup api. Dah siap kuah untuk dihidang bersama mi kuning. MI KARI SEAFOOD

Nota: Ikan bilis yang dikisar itu merupakan ramuan rahsia penyedap kuah mi kari.

Bagi anda yang gemar dengan mi kari seafood, boleh lah cuba resepi ini. Namun bagi yang alah dengan makanan laut dan menghidap penyakit gout, tidak disarankan untuk dicuba kerana akan menjejaskan kesihatan.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Iza Abu Bakar

Baca Juga: Rahsia Masak Maggi Kari Tumis Yang Mudah & Sedap, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta. Best Sangat!

tags: