Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi dan Tips Buat Donut Susu Yang Viral Tengah Sekarang, Tak Guna Pelembut Roti Tapi Gebu Sampai Ke Petang!

Ini Resepi dan Tips Buat Donut Susu Yang Viral Tengah Sekarang, Tak Guna Pelembut Roti Tapi Gebu Sampai Ke Petang!

Kategori: ,,

Bila tengok donut susu yang tengah viral sekarang ni, rasa teringin pula nak cuba. Tapi, bila kita beli dekat luar, ada kalanya donut dah keras menjelang petang.

Jadi, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri donut susu di rumah, memang sedap makan panas-panas pada waktu petang! Tak payah berebut untuk beli dekat luar lagi!

Resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ijlah ini cukup istimewa kerana tak gunakan sebarang pelembut roti, tapi hasilnya, donut akan jadi lembut sampai ke petang. Dia juga gunakan resepi ini untuk berniaga secara kecil-kecilan. Memang laku keras sekarang!

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok resepi donut susu yang tengah trending ni!

Donut Susu

Resepi Donut Susu Mudah dan Sedap,  Kekal Gebu dan Lembut Sampai Ke Petang!

Bahan-Bahan :

  • 250g tepung high protein
  • 1 biji kuning telur
  • 120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama)
  • 1 sudu besar susu tepung fernleaf full cream
  • 40g gula
  • 30g mentega
  • 2-3g yis

Cara-Cara :

  • Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker.
  • Masukkan tepung, susu tepung dan gula. Setkan masa uli lebih kurang 45 minit.
  • Ketika 10 minit pertama, masukkan mentega. Pada 10 minit terakhir barulah masukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh.
  • Selepas dah uli, anda boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini.
  • Doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding atau dibentuk.
  • Sebelum nak goreng donut, anda perlu pastikan yang doh tak melekat di tangan dan rasa ringan bila diangkat.
  • Bila ditekan guna jari, doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari tu masih ada sikit saja. Kalau tak ada kesan jari, masih belum boleh goreng sebab masih underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal.
  • Api kena perlahan dan minyak kena panas, goreng donut dengan cara satu kali balik.

Donut Susu Donut Susu

Donut Susu

  • Untuk salutan, guna sukatan 2:1, 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor, kisar dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
  • Donut susu sedia untuk dinikmati.

Wah, senang saja rupanya nak buat donut susu ni. Untuk buat donut susu sebanyak 500gm, anda juga boleh gandakan adunan ikut resepi ini.

Bagi anda yang teringin untuk nikmatinya di rumah dengan keluarga, cubalah resepi ni. Nak gunakan untuk berniaga pun boleh! Selamat mencuba!

Sumber : Nurul Ijlah via Masak Apa Hari Ni

tags: