Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Donat Dark Chocolate Charcoal. Rasa Memang Mewah, Sama Level Dengan Bakeri Mahal

Ini Resipi Donat Dark Chocolate Charcoal. Rasa Memang Mewah, Sama Level Dengan Bakeri Mahal

Kategori: ,
donat dark chocolate charcoal

Donat memang sudah menjadi satu makanan yang sangat digemari semenjak dahulu lagi. Tapi sekarang ini memang ramai yang cuba mengubahnya dengan menambah pelbagai jenis perisa menarik.

Selain donat red velvet dan keladi, donat dark chocolate turut menarik minat ramai. Kalau nak cuba, di sini kami ingin berkongsi resepi donat dark chocolate charcoal oleh Che Azawimie Che Zahari di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Ini Resepi Donat Dark Chocolate Charcoal. Rasa Memang Mewah, Sama Level Dengan Bakeri Mahal

Bahan-bahan

  • 1 kg high protein
  • 12 gram yis kering
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil k-fine
  • Susu UHT
  • Pewarna hitam
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk arang
  • 1 sudu kecil pes cappuccino – dapatkan di sini

Cara-caranya

  1. Letakkan semua bahan dalam bread maker dan uli lah sampai jadi doh.
  2. Kemudian terap doh dan rehatkan untuk biarkan ia kembang.
  3. Bila sudah kembang, cubit sedikit dan bentukkan menjadi donat. donat dark chocolate charcoal
  4. Dalam kuali, panaskan minyak masak secukupnya.
  5. Bila minyak sudah panas, goreng donat sehingga masak. donat dark chocolate charcoal
  6. Keluarkan dari minyak dan tunggu donat suam sebelum disaluti dengan gula kastor atau susu tepung. donat dark chocolate charcoal donat dark chocolate charcoal

Selepas siap digoreng, anda boleh hiaskan donat ini ikut suka anda. Kalau suka kurang manis boleh juga dimakan begitu sahaja. Tanpa topping pun donat ini tetap sedap.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Che Azawimie Che Zahari

Baca Juga: Resepi Puding Roti Pandan Kelapa Gardenia Bersama Sos Kastard, Sedap Buat Minum Petang!

tags: | | |