Selalunya hidangan 3 rasa akan disediakan menggunakan ikan siakap. Namun ramai yang tak tahu bahawa ianya tetap sedap jika dimasak bersama ikan lain.
Bagi anda yang juga menggemarkan ikan kerapu, anda juga boleh menggunakannya dalam resepi 3 rasa. Di sini, kami akan kongsikan resepi ikan kerapu masak 3 rasa yang mudah dan sama sedap dengan yang dijual di kedai. Caranya mudah sahaja, jom ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Muhamad Ismail Mohd Ali.
Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa Yang Paling Sedap
Bahan-Bahan
- Seekor ikan kerapu
- 10 ulas bawang putihg (dicincang halus)
- 3 biji bawang besar (dicincang halus)
- 4 tangkai cili merah (dicincang halus)
- 4 batang cili padi merah (dipotong kecil)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- 2 batang serai (dipotong halus)
- 4 tangkai cili kering (potong kasar)
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar pes tomyam
- 4 sudu pes stim limau (dapatkan di sini)
- Sedikit daun ketumbar
- 3 helai daun limau purut
- 1 sudu besar tepung jagung
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula
- Air
- Sedikit minyak
Cara Penyediaan
- Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing dan letakkan atas pinggan.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Masukkan bahan-bahan yang dipotong tadi. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, garam dan dua jenis pes tadi. Tambah air sedikit sahaja untuk berkuah.
- Apabila sudah masak, tuangkan sos ke atas ikan yang digoreng tadi dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Tentunya hidangan ini akan menjadi kegemaran keluarga anda nanti. Memang mudah sahaja untuk disediakan, rasanya memang enak. Bila dicuba, tentunya akan sentiasa menambah nasi nanti.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Muhamad Ismail Mohd Ali via MAHN
Baca Juga: Resepi Rahsia Nasi Goreng Ikan Masin Paling Enak Di Dunia, Rupa-Rupanya Perlu Guna Cara Ini Barulah Sedap!