Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Nasi Goreng Cendawan. Sedap & Ringkas, Menu Yang Sesuai Untuk Bersahur

Ini Resepi Nasi Goreng Cendawan. Sedap & Ringkas, Menu Yang Sesuai Untuk Bersahur

Kategori: ,
NASI GORENG CENDAWAN

Untuk bersahur, semestinya kita mahukan sesuatu yang ringkas dan mudah sahaja untuk disediakan. Maklumlah mata masih lagi mengantuk tapi si ibu tetap sahaja gigih untuk memasak hidangan untuk bersahur.

Selain pelbagai lauk simple, para ibu boleh juga cuba untuk menyediakan aneka nasi goreng. Ringkas dan pantas, terdapat beberapa jenis yang anda boleh cuba seperti resepi nasi goreng cendawan yang telah dikongsikan oleh Siti Salwa Kursiah Rozali. Sangat ringkas dan sedap.

Cara Buat Nasi Goreng Cendawan, Menu Yang Sesuai Untuk Bersahur

Bahan-Bahan

  • Nasi (anggarkan untuk tiga orang makan)
  • 1 sudu besar unsalted butter (dapatkan di sini)
  • 10 ulas bawang putih
  • Segenggam cendawan Shitake
  • 1 biji telur atau isi ayam
  • Aneka sayur-sayuran secukupnya
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan

  1. Tumis butter dan bawang putih sehingga naik bau. NASI GORENG CENDAWAN
  2. Masukkan cendawan dan biarkan layu sedikit.
  3. Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. NASI GORENG CENDAWAN
  4. Masukkan telur dan garam, kacau telur bersama nasi. Akhir sekali, masukkan sayuran. NASI GORENG CENDAWAN
  5. Masak sehingga semuanya rata dan sayur masak. Siap untuk dinikmati. NASI GORENG CENDAWAN NASI GORENG CENDAWAN

Memang agak mudah untuk menyediakan nasi goreng cendawan ini, kan? Ringkas dan sedap bila dimakan, semestinya ia menjadi pilihan ketika bersahur. Bahan-bahan pun mudah sahaja untuk ditemui. Untuk lebih sedap, boleh dimakan bersama telur mata yang digoreng sehingga garing.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda!

Kredit: Siti Salwa Kursiah Rozali

Baca Juga: Lain Dari Yang Lain, Ini Cara Buat Laksa Siam, Sedap & Simple Sahaja Untuk Dijadikan Hidangan Berbuka Puasa

tags: | |