Tiap kali pergi ke panggung wayang, popcorn antara snek yang wajib dibeli. Rasanya lebih seronok bila menonton cerita bila dapat mengunyahnya.
Kalau anda jenis malas untuk ke panggung wayang dan suka menonton cerita di rumah, tak perlu pesan atau beli di kedai. Lebih jimat jika anda buat sendiri!
Di sini kami ingin berkongsi resepi popcorn karamel homemade oleh Adamsufi Mazri di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Nanti anda boleh cuba, ringkas dan mudah sahaja!
Ini Resepi Popcorn Karamel Homemade, Buat Satu Balang Terus Lagi Jimat Dari Dibeli
Bahan A
- Bertih jagung mentah – dapatkan di sini
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar minyak masak
Bahan B
- 1 cawan gula perang
- 2 sudu besar mentega
- Sedikit air
Cara menyediakan bahan A
- Sediakan periuk yang mempunyai penutup dan panaskan mentega dan minyak masak.
- Kemudian, tuangkan bertih jagung dan kacau rata. Pastikan seluruh bertih jagung disaluti mentega dan minyak yang sudah cair.
- Tutup penutup periuk dan tunggu popcorn meletup.
- Pastikan bila popcorn dah mula meletup, perlahankan api. Jangan buka penutup sampai habis bunyi letup-letup itu.
- Sambil itu, goyangkan periuk supaya kesemua bertih jagung menjadi popcorn.
- Tutup api dan tuangkan atas talam.
Cara menyediakan bahan B
- Cairkan gula perang.
- Bila dah cair macam gula hangus, tambahkan mentega dan sedikit air. Jangan terlalu banyak, nanti terlalu cair.
- Didihkan hingga pekat.
- Tutup api dan tuangkan karamel ke atas popcorn tadi dan gaul rata.
- Ratakan popcorn dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit dalam oven. Guna api atas bawah.
- Selang beberapa minit, keluarkan dulang dan ratakan supaya popcorn tak melekat antara satu sama lain.
- Bila dah nampak warna popcorn cantik dan gula dah tak cair, keluarkan dan sejukkan.
- Sedia untuk dinikmati.
Penggemar popcorn wajib cuba resepi popcorn karamel homemade ini. Memang mudah sahaja untuk buat sendiri di rumah, paling penting kena rajin sikit sahaja.
Pastikan anda buat sebalang terus supaya mudah untuk dimakan pada bila-bila masa.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Adamsufi Mazri
Baca Juga: Resepi Kuih Apam Gula Merah, Makan Pula Dengan Kelapa Parut Muda, Baru Rasa Lemaknya!