Sandwich merupakan hidangan mudah dan pantas untuk disediakan. Malah, terdapat pelbagai jenis sandwich yang boleh dibuat sendiri seperti sandwich sardin dan sandwich telur. Pelbagai bahan di dalam peti ais boleh digunakan untuk dijadikan sebagai sandwich.
Bagi anda yang ingin mencuba resepi sandwich yang baharu dan enak, boleh lah ikuti resepi sandwich premium ini. Menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di pasaraya, ianya sesuai untuk dijadikan sebagai bekal buat anda yang kerja atau untuk anak-anak ke sekolah.
Nota: Fungsi lidi adalah untuk potongan yang cantik, bukan apa sandwich ini kadang-kadang degil dan suka lari sana sini.
Mudah sahaja resepi ini, bukan? Dengan beberapa minit sahaja anda dapat menikmati sebuah sandwich yang mengenyangkan dan enak. Jika anak-anak tidak gemar dengan pedas, anda juga boleh menggunakan tuna mayo atau tuna biasa untuk kurangkan tahap kepedasan.
Buat banyak-banyak untuk seisi keluarga. Resepi sandwich premium ini juga boleh digunakan bila anda ingin berkelah. Selamat mencuba resepi mudah ini.
Kredit: Iman Xii via MAHN
Baca Juga: Resepi Ubi Rebus Goreng Berempah Yang Rare, Rangup Di Luar Dan Empuk Berlemak Di Dalam!