Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Sarok Ikan Cara Orang Terengganu, Sedap Dimakan Bersama Nasi Putih & Sambal

Ini Resepi Sarok Ikan Cara Orang Terengganu, Sedap Dimakan Bersama Nasi Putih & Sambal

Kategori: ,
RESEPI SAROK IKAN CARA ORANG TERENGGANU

Selalunya ramai yang hanya mengenali sarok lada. Terkenal di kedai nasi berlauk, hidangan itu sangat digemari ramai dan enak untuk dijadikan hidangan sampingan untuk dinikmati bersama sepinggan nasi putih dan aneka lauk-pauk.

Namun ramai yang tak tahu dengan sarok ikan yang sedap dijadikan lauk utama. Selalu dimakan sebagai lauk makan tengah hari dan makan malam, jom cuba resepi sarok ikan cara orang Terengganu yang telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di grup Masakan Terengganu. Mudah dan ringkas sahaja.

Resepi Sarok Ikan Cara Orang Terengganu

Bahan-Bahan

  • 4 ekor ikan kembung saiz sederhana (dibersihkan dan dibuang tulang, dikikis isi seperti dalam gambar.)
  • 4 ekor isi ikan selayang (ditumbuk sehingga lumat)
  • 1/2 biji kelapa parut (ambil isi putih sahaja dan ditumbuk halus sedikit)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar cili boh

Bahan Tumbuk

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar – dapatkan di sini
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih

Cara Penyediaan

  1. Campurkan isi ikan kembung yang dikikis bersama isi ikan selayang, tambahkan bahan tumbuk dan gaul rata. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. RESEPI SAROK IKAN CARA ORANG TERENGGANU
  2. Kemudian, sumbat ikan kembung yang telah dibelah dengan campuran disediakan tadi, rujuk pada gambar. RESEPI SAROK IKAN CARA ORANG TERENGGANU
  3. Panaskan kukusan, selepas itu masukkan ikan yang telah disediakan tadi. Bila masak, boleh tutup api. RESEPI SAROK IKAN CARA ORANG TERENGGANU
  4. Kukus dalam 10 hingga 15 miniti, bergantung kepada kukusan dan api. RESEPI SAROK IKAN CARA ORANG TERENGGANU RESEPI SAROK IKAN CARA ORANG TERENGGANU

Memang mudah sahaja, kan? Nikmati hidangan ini bersama nasi putih, sambal belacan dan pelbagai ulam. Semestinya sangat sedap dan berselera semasa makan.

Selamat mencuba.

Kredit: Muliadi Ramli di grup Masakan Terengganu

Baca Juga: Resepi Telur Goreng Syahdu Yang Mudah & Sedap. Satu Rumah Mengidam, Tak Cukup Sepinggan Nasi!

tags: | |