Baru-baru ini, warganet telah dikejutkan dengan isu ikan siakap yang berharga RM 1196.80 di media sosial. Dengan harga yang lebih mahal berbanding biasa, warganet tidak berhenti mempertikaikan harganya meskipun pemilik restoran telah tampil dengan penjelasan mengenai isu tersebut.
Dikatakan tidak masuk akal, namun tahukah anda bahawa wujudnya ikan yang jauh lebih mahal yang mampu mengalahkan harga ikan siakap yang viral tersebut? Malah, ikan ini juga telah dicatatkan sebagai ikan termahal di dunia!
Bukan ikan salmon, bukan juga ikan yu. Ramai yang tidak menyangka bahawa ikan Bluefin Tuna atau Tuna Sirip Biru memegang takhta sebagai ikan termahal di dunia.
Dibida oleh Kiyoshi Kimura, pemilik restoran Sushi Zanmai dan dikenali sebagai ‘Tuna King’ di Jepun, bluefin tuna tersebut yang mempunyai berat sebanyak 278kg berjaya dijual dengan harga $3.1 juta atau RM 12.4 juta. Ini menjadikan harga ikan tersebut bernilai RM 44,604 sekilo!
(Tahun 2020 Kiyoshi Kimura juga berjaya menang bida. Dengan harga ikan mencecah $1.8 juta (RM 7.2 juta), ia menjadikannya ikan kedua termahal di dunia.)
Oleh kerana permintaan bluefin tuna sangat tinggi, tertutamanya di Jepun, ia memiliki harga yang lebih mahal meskipun bukan ikan ‘pameran’. Ikan ini sering kali digunakan oleh restoran Jepun sebagai hidangan sushi atau sashimi.
Tonton video di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=40vOz7oRheM
Apa yang menjadikan ikan ini lebih unik berbanding ikan lain adalah ia memiliki marbling yang cantik seperti daging wagyu. Ini merupakan sebab utama kenapa ia sangat digemari oleh para chef untuk digunakan dalam penyediaan sushi perimium yang dikatakan mempunyai rasa juicy dan kualiti premium.
(Marbling pada bluefin tuna)
Selain itu, bluefin tuna yang besar dan berat juga sukar untuk didapatinya. Oleh kerana faktor overfishing di mana ia telah menjejaskan populasi bluefin tuna, ia telah menjadikannya sukar untuk mendapatkan ikan tersebut dengan saiz yang besar.
Meskipun harganya telah mengalahkan harga ikan yang lain di luar sana, ikan termahal ini mempunyai beberapa individu yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mendapatkannya.
Di Jepun, pembidaan sering dijalankan pada awal tahun kerana mereka percaya bahawa permulaan tahun yang baik akan membawa tuah dan keuntungan yang baik sepanjang tahun.
Kredit: Youtube 100M, Zunita Ramli