Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dengan sebuah video yang dikongsi oleh seorang lelaki berkenaan dengan lelaki berusia. Senang disapa sebagai atuk, atuk tersebut masih kuat dan gigih bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood walaupun sudah berusia 68 tahun.
Ekoran itu ia telah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya berasa kasihan terhadap atuk ini yang . Ada yang tertanya-tanya apakah yang lelaki berusia ini hadapi sehingga di usia sebegitu dia masih lagi bekerja.
Menerusi video terbaharu yang dikongsikan oleh Daniel Ashraf, dia telah mendedahkan bahawa atuk ini terpaksa bekerja pada usia sebegini kerana dia terpaksa menyara dua anak lelakinya. Kedua-dua anak lelakinya tidak bekerja, untuk rokok pun atuk ini terpaksa menanggungnya.
https://twitter.com/hasifzul/status/1461640458543648775?s=20
Melihat video tersebut ramai yang meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan anak-anak atuk zack ini. Walaupun atuk ini sudah berusia namun anaknya tanpa rasa bersalah memperlakukan bapa mereka seperti ini.
Dalam masa yang sama ada juga yang mengharapkan agar anak-anak atuk ini adalah anak yang baik. Tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang salah sehingga atuk ini terpaksa bekerja.
Menerusi perkongsian lain di aplikasi Twitter, pihak Grab juga turut menjejaki atuk yang dikenali dengan nama Pakcik Zack ini.
team grab pun tengah cari details atuk ni 🙁 pic.twitter.com/yypaEyXjTZ
— reen 🧣 (@googiecubs) November 19, 2021
Apa pun kita mendoakan Pakcik Zack ini semoga dia dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu. Dan apa pun yang berlaku dalam keluarganya, semoga anak-anaknya menyedarinya dan menghargai pengorbanan seorang bapa.
Kredit: TikTok Daniel Ashraf dan Twitter Hasif
Baca juga: Bergenang Air Mata Lihat Atuk Yang Sudah Berusia Ini Masih Kuat Buat Grab Untuk Sara Hidup