Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Peniaga Dedah IShowSpeed Bayar Sebiji Burger Harga Lebih RM350, Bayar Dalam Mata Wang Kemboja

Peniaga Dedah IShowSpeed Bayar Sebiji Burger Harga Lebih RM350, Bayar Dalam Mata Wang Kemboja

Kategori: ,
ISHowSpeed

Seperti yang tular sekarang, semua sudah mengetahui tentang seorang pempengaruh YouTuber yang bernama IShowSpeed yang berada di Kuala Lumpur menjadi bualan ramai baru-baru ini.

Kehadirannya bukan sahaja menjadi fenomena di negara ini, malah turut membuka rezeki kepada peniaga.

Salah satunya adalah seorang peniaga burger yang menjadi perhatian ramai selepas YouTuber itu memuji keenakan burger di kedainya.

Peniaga Dedah IShowSpeed Bayar Sebiji Burger Harga RM350, Bayar Dalam Mata Wang Kemboja

Menerusi video di TikTok, peniaga berkenaan memberitahu YouTuber tersebut telah membayar burger yang disediakannya itu dengan mata wang Kemboja.

ISHowSpeed

Difahamkan, IShowSpeed telah membayar lebih RM350 untuk sebiji burger ‘special’ di kedainya yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

ISHowSpeed

“Dia bagi itu hari bukan dalam USD, tetapi mata wang Kemboja. Semuanya ada tujuh keping dan setiap keping 50,000.

ISHowSpeed

“Anda kiralah sendiri berapa semua ini ya. Tetapi di sini harga burger ini masih sama,” katanya.

Malah, dia juga kembali ke Malaysia dan berada di Johor Bahru selepas beberapa hari. Dia sempat bertemu dengan Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahhim atau dikenali dengan TMJ selepas melawat Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam pertemuan itu juga, Speed sempat perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelaantan Darul Naim semalam. Bukan itu sahaja, YouTuber berkenaan dilihat turut hadir dengan memakai jersi JDT.

TMJ juha dilihat teruja dapat bertemu Speed dan sempat berkongsi perbualan video call anak-anaknya yang juga merupakan peminat YouTuber tersebut.

Sumber: SAYS

Baca juga: Pendedahan Jualan Rotiboy Di Cawangan KLCC Setiap Bulan Cecah RM300,000 Sebulan, Tapi Ini Sebab Terpaksa Tutup…

tags: | |