Mana-mana perempuan sangat sukakan makanan dan minuman. Lihat sahaja yang viral atau sedap, terus rasa nak cuba. Malah, kebanyakkan duit dan gaji mereka akan dihabiskan kepada makanan dan minuman di luar.
Oleh itu, si lelaki yang sering menjadi mangsa dan terpaksa melayan kerenah mereka. Bila tolong belikan atau teman makan, tentu mereka juga berharap dapat berkongsi makanan atau minuman yang dibeli, tapi tak semua perempuan sanggup buat begitu. Silap hari, hal itu boleh menyebabkan pergaduhan.
Ketika sedang bersiar-siar bersama suaminya, wanita 10nanahermosa10, telah terserempak dengan sebuah gerai di tepi jalan yang menjual teh ais madu. Dahaga dan berminat untuk cuba, dia meminta suaminya untuk turun dari kereta dan membelinya untuknya.
Ingin menunaikan permintaan isteri, suaminya lekas turun dari kereta dan ke gerai tersebut dan membeli untuknya. Namun apabila melihat suaminya selesai membeli dan menuju ke kereta, wanita itu menjadi geram.
“Ei! Dia beli satu je?! Jangan kata nak share. Tolong jangan kata nak share!”, luah wanita itu. Ini kerana bila hanya beli satu gelas, suaminya akan meminta minumannya.
Bila suaminya masuk dalam kereta, wanita itu terus menyapa suami dengan nada yang lembut dan bertanya mengapa dia hanya membeli satu sahaja. Lelaki itu dengan selamba membalas; “Satu sahajalah, dah awak tak cakap nak belanja saya.”
Sekadar nak menguji, dia menawarkan minuman itu pada suaminya yang keliru dan bertanya mengenai minuman itu. Wanita itu menjelaskan bahawa minuman yang dibeli adalah teh madu.
Hanya mengusik, suaminya menjawab dengan senyuman; “Boleh jugak bermadu wak..”
Walaupun memberi suaminya rasa minuman itu, wanita itu menekankan bahawa minuman tersebut miliknya dan dia tak sanggup berkongsi tapi tidak dihiraukan suami yang hanya menjawab; “Sedap jugak bermadu ni ya..”, balasan itu membuat isterinya berasa geram, sempat lagi mengangkat tangan seperti mahu menepuk suaminya.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat gelagat pasangan tersebut ketika bergurau.
Memang perempuan macam ni, bab makan dan minum memang tak boleh buat gurau. Kalau yang dia, yang dialah. Jangan pandai-pandai minta tau, takut nanti boleh bergaduh pula.
Kredit: 10nanahermosa10