Mana ada suami yang tak sayangkan isteri, kan? Kerana cinta, si suami juga tetap redha bila perlu menghadapi kerenah isteri walaupun kadang-kadang hal itu menguji kesabaran mereka.
Seringkali si suami menjadi tempat luahan isteri. Ketika sedih atau gembira, semuanya ingin dikongsikan dan sebagai seorang suami yang penyayang, sudah tentu hati akan remuk apabila mengetahui isteri sendiri menjadi bahan ketawa di tempat awam, tapi lain pula reaksi lelaki ini apabila isterinya berkongsi pengalaman tersebut.
Setelah pulang membeli di pasaraya MYDIN, isteri kepada m.rafisan terus mendapatinya bagi berkongsi pengalaman memalukan yang telah menimpa ke atas dirinya ketika membeli.
Memandangkan isterinya merupakan seorang penggemar ketam, dia telah memilih dan membungkus seekor untuk dibeli. Pergi ke kaunter timbangan bagi mendapatkan harga, wanita itu tiba-tiba menjadi bahan ketawa gara-gara membeli hanya seekor.
Tak puas hati dengan perkara itu, dia terus pulang untuk menceritakan peristiwa tersebut pada suami di rumah. Mendengar perkara itu, suaminya bukannya bersimpati atau marah bagi pihak isteri. Sebaliknya turut serta menggelakkan telatah wanita itu.
@m.rafisan Nasiblah dapat wife suka makan ketam. 😌 #fyp #fypシ #fypage #ketam #wife #tiktok #marriage
@m.rafisan Nasiblah dapat wife suka makan ketam. 😌 #fyp #fypシ #fypage #ketam #wife #tiktok #marriage ♬ bunyi asal – Aiman Sidek
Menjengah di ruangan komen, beberapa warganet turut berasa terhibur bila melihat kisah itu yang telah dikongsikan di laman TikTok. Menurut pengguna, teh0benglimau, gara-gara tak mahu membazir, sebab itulah dia hanya mengambil seekor ketam sahaja.
Niat isteri berkongsi cerita adalah untuk mendapatkan simpati suami, tapi lain pula jadinya. Nasib baik la isteri tak garang dan merajuk sampai halau suami tidur di luar rumah.
Buat para suami di luar sana, bila isteri mengadu tentang apa-apa masalah, jangan gelakkan tau! Kita cuba pujuk sebaik mungkin, barulah semakin bertambah sayang.
Kredit: m.rafisan
Baca Juga: Nak Bayar Guna Kad Bank Tapi Asyik Gagal, Gadis Ini Mula Rasa Cuak. Rupa-Rupanya..