Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mana Makcik Semalam Yang Sesuka Hati Cop Isteri Saya Pemalas Tu?” Isteri Pernah ‘Dikecam’, Lelaki Ini Tampil Dengan Bukti!

“Mana Makcik Semalam Yang Sesuka Hati Cop Isteri Saya Pemalas Tu?” Isteri Pernah ‘Dikecam’, Lelaki Ini Tampil Dengan Bukti!

Kategori:
pemalas

Tanggungjawab memasak bukan sahaja jatuh pada insan yang bergelar isteri tapi turut pada suami. Jangan disangka perempuan, kerjanya di dapur sahaja. Mereka juga mempunyai kerja lain yang perlu diselesaikan.

Lagi-lagi para isteri yang berkerjaya, memang tidak sempat nak masak setiap malam. Untuk ringankan beban, tak salah pun jika si suami masak untuk keluarga sekali sekala, kan? Sama-sama berkongsi beban, baru lah lebih sayang.

Meskipun si suami dengan rela hati masuk ke dapur untuk bantu isteri, ada sahaja yang berpandangan buruk dan membuat andaian sendiri mengenai isteri mereka. Kalau bukan dari orang terdekat, dari warganet pun boleh ‘terkena’.

Itu lah apa yang terjadi pada seorang suami apabila isterinya pernah ‘dikecam’ oleh seorang warganet. Membuat andaian isterinya seorang pemalas, lelaki itu bagaimanapun telah membuktikan bahawa isterinya sebenarnya seorang yang rajin dan telah menyediakan cucur cempedak buatnya.

Saya Dah Maafkan Makcik.

Mana makcik semalam yg sesuka hati cop isteri saya pemalas tu?

Tengok… Apa yg dia dah sediakan kat suami dia, balik dari kebun tadi…. Cucoq cempedak makcik oiiiii.

Mana nak ada bini yg rajin nak goreng cucoq tengahari rembang nie…. Rajinkan bini saya?

Takpa makcik, saya dah maafkan makcik… Saya doakan makcik serta keluarga makcik di lindungi serta berada di bawah rahmat Allah SWT selalu…. Aamiinn.

pemalas

Menerusi posting yang dimuat turun itu, lelaki itu menunjukkan bukti masakan isterinya, iaitu cucur cempedak. Nampak sedap dan cukup rangup, dia bagaimanapun telah memaafkan warganet tersebut.

Warganet Bersangka Baik Pada Makcik Tersebut.

Menjengah di ruangan komen, ada juga warganet berpendapat bahawa komen yang pernah ditinggalkan oleh individu itu bukanlah kecaman tapi komen yang membina atau gurauan semata-mata.

pemalas

pemalaspemalas

Mungkin tak semua komen itu merupakan kecaman. Sebaliknya, lebih elok jika kita menganggapnya sebagai komen yang membina dan membantu kita.

Kredit: Shah Shatry via MATJHN

Baca Juga: “Ingat Kutu…” Warganet Rasa Geli Tapi Wanita Ini Kongsikan ‘Lipas Air’ Ini Memang Sedap Dimakan, Rasa Macam Baby Crab!

tags: |