Dalam mencari rezeki untuk sesuap nasi, hal itu bukanlah satu perkara mudah. Bekerja sebagai peniaga jalanan sememangnya memerlukan ketabahan yang utuh kerana rezeki bagai roda berputar. Sekejap naik dan sekejap turun.
Namun, hal itu tidak mematahkan semangat suami isteri yang berniaga lokcing bakar bersama air minuman di lokasi 500 meter selepas MRSM Kuala Krai, dari Gua Musang ke Kuala Krai. Walaupun perniagaan mereka naik turun, mereka percaya bahawa rezeki pasti Tuhan beri selagi kita berusaha.
Selepas kisah yang dikongsikan oleh Nrhfza di TikTok baru-baru ini, video tentang suaminya yang masih tabah senyum walau kekurangan pelanggan mendapat perhatian netizen. Dia meluah segala perasaan sebak melihat suaminya dari jauh sedang menunggu kunjungan pelanggan ke gerai mereka.
“Muka dia masih senyum. Betapa suahnya cari rezeki. Ya Allah permudahkanlah urusan suami aku. Hari ini tiada sorang pun yang datang membeli. Mungkin hari ini tiada rezeki kami kot. Doakan kami ya geng,” luah isterinya di video isteri sebak lihat suami niaga berkenaan.
Menerusi videonya yang lain-lain, ketabahan mereka berdua suami isteri dalam mencari rezeki dan sesuap nasi demi kelangsungan hidup menyentuh hati sesiapa yang melihatnya.
Tetapi, dalam doa orang ramai tersebut, dia turut terkejut dan kesal kerana pernah menerima komen netizen yang pernah berkata kepadanya untuk tinggalkan suami dia dan mencari lelaki yang lebih kaya.
“Serious saya tak tahu masalah dia sampai dia komen macam tu. Saya rasa dia memang sangat biadab. Untuk apa lah cari yang kaya sedangkan yang sederhana pun saya dah sangat bahagia dah. Sebelum komen, fikir dulu perasaan orang macam mana,” katanya lagi dalam video berlainan.
@nrhfza02 Bertapa susahnya nak cari rezekiππ€²π» #fyp #foryoupage #fypindonesia
β¬ bila orang dah benci – β¦β’βββΏππ· πͺ πͺ πΏπβΏβββ’β¦
@nrhfza02 Bertapa susahnya nak cari rezekiππ€²π» #fyp #foryoupage #fypindonesia β¬ bila orang dah benci – β¦β’βββΏπΉπππππΉβΏβββ’β¦
Melihat ruuangan komen, netizen yang baik hati mendoakan agar perniagaan kecil mereka mendapat sambutan dari hari ke hari. Yang penting, mereka sentiasa ada antara satu sama lain dalam jatuh bangun kehidupan bersuami isteri. Tidak kurang juga ada yang bagi tips untuk mereka berdua berniaga.
“Sabar dik, InsyaAllah hari ni tak ada. Esok bertambah-tambah. Sabar ya adik,” kata netizen bernama Enal.
“Sabar akak sebab rezeki Allah yang tentukan. InsyaAllah nanti esok lusa Allah badi rezeki kepada family akak,” komen netizen bernama Mal memberi kata-kata semangat untuk isteri sebak lihat suami niaga itu.
“Tips dia letak signboard besar jual apa. Kadang-kadang orang tak nampak jual apa sebab mungkin bawa laju sangat,” kata Syuqrie memberi pandangan.
Semoga mereka dan peniaga jalanan di luar sana diberi ketabahan dan dilimpahkan rezeki yang luas. Tuhan akan membalas setiap usaha hambanya yang sabar. Ini semua tentang waktu sahaja. Semangat!
Sumber: Nrhfza
Baca juga: Budak Sekolah Sakat Abang Popia Viral, Ramai Cakap Sebab Dia Baik. Ini Ceritanya..