Bila sudah berkahwin, kita perlulah sedia untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing. Ada yang dikurniakan seorang pasangan yang elok dari segi fizikal, ada pula yang sebaliknya.
Tapi kerana cinta yang ikhlas, kekurangan fizikal pasangan tidak pernah menjadi penghalang. Malah, masih ada individu di luar sana yang setia mencintai tanpa memandang kekurangan tersebut.
Seperti kisah yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki, alongpm di laman TikTok, lelaki itu berasa terharu apabila dapat bertemu dengan pasangan istimewa yang kelihatan sangat bahagia bersama.
Kisahnya, semasa sedang berada di kedai makan tersebut, lelaki itu terserempak dengan pasangan istimewa tersebut yang sedang makan bersama, nampak begitu mesra melayan satu sama lain.
Walaupun berada di tempat awam juga, wanita itu tidak segan kelihatan bersama suaminya yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Tambahan ketika suami menyuapnya makan menggunakan kakinya, dia tetap setia melayannya.
Meskipun agak malu kerana barangkali risau ada yang memandang gelagat mereka, wanita itu bagaimanapun menghargai usaha suaminya dan terima suapan makanan itu. Menyedari diri mereka di rakam, pasangan itu hanya mampu tersenyum malu.
https://www.tiktok.com/@alongpm/video/7130626811490241818
@alongpm #CapCut #pengantinviral #pelukisviral #mzgold @syafiqazaim @fadilturrbo @jeckrilek @hazwanizzat_ ♬ original sound – Helmi Irman – Helmi Irman Official
Meninjau di ruangan komen video tersebut, orang ramai turut berasa sebak melihat gelagat pasangan istimewa itu. Malah, ada juga yang memuji wanita tersebut kerana kesetiaannya mencintai pasangannya walaupun memiliki kekurangan fizikal.
“Ya Allah adik.. jalan ke syurga kalian terbuka luas. Teruskan santun-menyantun untuk dijadikan santapan rohani insan-insan lain yang melihat.”, ujar pengguna Wak JUL.
“Allah hadirkan bidadari buat mu bang. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat. Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin.”, doa eiiyannpng29.
Beruntung suaminya mendapat wanita hebat seperti isterinya. Walaupun lelaki istimewa itu ada kekurangannya tapi Tuhan gantikan dengan kasih sayang yang ikhlas dari insan lain. Semoga pasangan tersebut kekal bahagia dan dimurahkan rezeki selalu.
Kredit: alongpm
Baca Juga: Jumpa Anak Kecil Tidur Di Tepi Jalan Sambil Teman Ibu Jual Nasi, Lelaki Ini Rasa Sebak