Sejak beberapa hari kebelakangan ini, isu berkenaan pengacara dan pelakon terkenal Malaysia iaitu Janna Nick yang mana dikatakan melabel salah satu watak dalam telomovie arahannya dengan nama ‘Lisa BLACKPIG’ dikecam orang ramai. Sehinggakan Janna Nick bertindak memadam laman instagramnya kerana diserang bertalu-talu oleh warganet.
Susulan kejadian itu, #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY telah trending di Twitter sekali gus kecoh hingga ke luar negara. Bertambah buruk lagi apabila ada sebahagian pelajar Malaysia yang menuntut di Korea terpaksa menerima tempias kontroversi terbabit hingga dibuang dari group tugasan universiti.
@jpbrinxReply to @shinminrin_07 all is well from the land of kimchi♬ original sound – Sabrina 리나
@jpbrinx Reply to @shinminrin_07 all is well from the land of kimchi
Terpanggil berhubung isu virak tersebut, Amirah Sabrina, seorang instafamous yang kini mengikuti pengajian di Universiti Hanyang, Korea Selatan menjelaskan bahawa situasi di sana aman dan tidak seperti apa yang telah ditularkan. Malahan dia tetap dilayan dengan baik oleh rakan-rakan Korea yang lain. Walaupun begitu, gadis ini berpendapat tindakan mempermainkan kematian seseorang akibat depresi adalah sangat salah.
Dalam masa yang sama, seorang gadis yang dikenali dengan nama @iriessaa memaklumkan bahawa rakan-rakannya di Korea langsung tidak mengambil kisah mengenai kontroversi tersebut. Tiada pula yang kena campak Kimchi atau ‘dibuang’ keluar dari group.