Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » COVID-19 Kini Keadaan Kritikal : Warga Itali Berumur 80 tahun ke atas tidak akan dirawat lagi

COVID-19 Kini Keadaan Kritikal : Warga Itali Berumur 80 tahun ke atas tidak akan dirawat lagi

Kategori: ,

Seperti yang diketahui umum, Itali merupakan negara paling terjejas teruk akibat penangan wabak tanpa vaksin COVID-19. Malah menerusi perkembangan terbaru hari ini, angka kematian akibat koronavirus di negara itu telah melepasi 2,000 orang meskipun sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) telah dijalankan selain meminta kira-kira 60 juta penduduknya berkurung dalam rumah masing-masing.

Penghidap COVID-19 yang berusia 80 tahun ke atas bakal ditolak rawatan

Menurut portal The Telegraph, Itali bakal melaksanakan langkah drastik dengan menolak untuk memberikan rawatan kepada penghidap COVID-19 yang berusia 80 tahun ke atas jika krisis itu semakin buruk. Selain golongan warga emas tersebut, individu yang mempunyai tahap kesihatan terlalu teruk dan tiada harapan sembuh juga berdepan perkara sama. Ia susulan jumlah penghidap positif pandemik berkenaan telah meningkat secara mendadak iaitu hampir 25 ribu orang setakat ini.

 

Risau bilangan katil dan alat bantuan pernafasan tidak mencukupi

Protokol tersebut bakal dilaksanakan oleh pengurusan krisis negara itu apabila tiba hari di mana bilangan katil di setiap pusat perubatan tidak cukup untuk menampung setiap penghidap koronavirus. Di samping itu, kemudahan alat bantuan pernafasan atau ventilator machine juga dikatakan semakin terhad bagi individu yang terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Doktor terpaksa pilih siapa yang perlu diselamatkan…

Gara-gara dianggap tidak beretika, majoriti petugas kesihatan tempatan meluahkan rasa risau kerana ramai pesakit yang bakal dibiarkan begitu sahaja hingga mereka menghembuskan nafas terakhir. Buat masa ini protokol itu sudah disiapkan dan hanya menunggu kelulusan pihak berwajib sebelum dilaksanakan di seluruh pusat perubatan. Terdahulu, Dr Hafsah Sazali juga mendedahkan bahawa doktor kesihatan di sana terpalit dilema kerana terpaksa memilih individu mana yang mereka terpaksa bantu rentetan jumlah kumulatif positif COVID-19 terlalu ramai.

Sumber rujukan : erinsakura.com

 

tags: |