Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Orang Ramai Beratur Nak Beli Jagung Cheese Leleh RM12 Satu Bekas, Peniaga Ini Terima Sambutan Meriah

Orang Ramai Beratur Nak Beli Jagung Cheese Leleh RM12 Satu Bekas, Peniaga Ini Terima Sambutan Meriah

Kategori: ,,,
Jagung Cheese Leleh

Jagung adalah sejenis buah yang sedap dijadikan hidangan seperti jagung rebus ataupun jagung manis yang dicampur susu cair.

Bercakap berkenaan jagung, terdapat satu gerai yang menjadi tumpuan ramai sehingga ada yang sanggup beratur lama apabila peniaga memperkenalkan dan menjual jagung cheese leleh di Sungai Petani, Kedah.

Orang Ramai Beratur Nak Beli Jagung Cheese Leleh RM12 Satu Bekas, Peniaga Ini Terima Sambutan Meriah

Berdasarkan video yang dipromosi oleh peniaga yang dikenali dengan nama panggilan Kak Susu, jualannya laku keras kerana mendapat perhatian dan permintaan tinggi oleh pelanggan di sana.

Melihat kepada video, peniaga menyaluti jagung-jagung dengan keju leleh dan diletakkan di dalam cawan kertas.

Jagung Cheese Leleh

Apa yang membuatkan jualan itu menjadi pilihan ramai dan terkenal adalah kerana ramai yang suka akan cheese leleh dan menyifatkan bahawa peniaga tidak kedekut cheese semasa menjual.

1 Cawan Jagung Cheese Leleh RM12

Satu cawan jagung cheese leleh dijual pada harga RM12.

Menurut peniaga, jagung-jagung yang digunakan kebanyakannya adalah jagung batang dari hasil kebun berbanding dengan jagung frozen menyebabkan hidangan sedap.

Jagung Cheese Leleh

Sesiapa yang ingin berkunjung ke lokasi jualan, bolehlah pergi ke maklumat yang tertera dan ke laman TikTok peniaga (Kak Susu) untuk melihat kemaskini terkini tentang waktu operasi jualan.

Lokasi: Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Masa: 5.15 pm – 7pm

Sumber: Kak Susu

Baca juga: “Orang Tak Berniaga Pandai Cakap Je..”, Pelanggan Buat Kiraan Modal Jual Burger Tepi Jalan, Tindakannya Cetus Debat Ramai

tags: |