Akhir-akhir ini, menu Corn Ribs atau ramai yang panggil Jagung Ribs Viral menerima sambutan ramai kerana rasanya yang lazat.
Ada rasa berkrim, pedas dan manis yang menyatu di dalam menu Jagung Ribs tersebut hingga ramai juga yang menjualnya atas permintaan.
Jadi kalau anda ingin membuatnya sendiri di rumah, boleh lah masak dengan cara penyediaan yang dikongsikan oleh Mimi Mahmud ini.
Bahan-Bahan:
- jagung segar
- air

Bahan Sos:
- mentega
- bawang putih dan bawang merah – dicincang
- susu segar
- parlsey
- susu pekat
- serbuk cili
- chilli flakes
- 2 keping keju

Cara penyediaan:
- Jagung segar dibuang daun dan dipotong dua. Kemudian belah empat jagung tadi.

- Masukkan air dalam periuk dan rebus jagung selama 3 minit sahaja.
- Cairkan mentega, tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masuk satu sudu serbuk cili.



- Masukkan susu pekat, susu segar, 2 keping keju.

- Masak sehingga sedikit pekat, masukkan chili flakes, parsley dan sedikit garam. Kacau.

- Akhir sekali, masukkan jagung dan gaul sebati. Taburkan daun parsley sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!
Sumber: Mimi Mahmud
Baca juga: Ini Cara Buat Garlic Butter, Boleh Gunakan Untuk Sapu Pada Roti & Steak. Confirm Lebih Sedap!