Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Garlic Butter, Boleh Gunakan Untuk Sapu Pada Roti & Steak. Confirm Lebih Sedap!

Ini Cara Buat Garlic Butter, Boleh Gunakan Untuk Sapu Pada Roti & Steak. Confirm Lebih Sedap!

Kategori: ,
Garlic butter

Butter atau mentega merupakan bahan asas yang perlu ada di dapur. Selain daripada menggunakannya untuk menyediakan aneka kek dan pastri, ia juga sesuai untuk menggantikan minyak masak dan menyediakan hidangan savori.

Selain boleh digunakan dengan begitu sahaja, orang ramai kini sudah berani mencuba pelbagai jenis butter yang ada. Antara yang mudah disediakan adalah garlic butter yang sesuai digunakan untuk menyediakan garlic butter bread dan steak.

Nak tahu cara untuk membuatnya? Ikuti resepi garlic butter ini yang telah dikongsikan oleh Aida Md Tahir di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom baca secara lebih lanjut!

Ini Cara Buat Garlic Butter, Boleh Gunakan Untuk Sapu Pada Roti & Steak. Confirm Lebih Sedap!

Bahan-bahan

  • Sebuku butter – guna yang ini
  • 2 labu bawang putih
  • Parsley flakes

Cara penyediaan

  1. Dalam mangkuk yang bersih, letakkan butter. Pastikan ia berada dalam suhu bilik. Ketepikan sekejap.
  2. Ambil bawang putih dan cincang sehingga halus, tambahkan pada butter.
  3. Letakkan parsley flakes yang secukupnya.
  4. Gaul sehingga sebati dan ambil bekas yang bersih dan kering, isikan dengan campuran butter.
  5. Simpan dalam peti ais dan keluarkan bila ingin menggunakannya. Garlic butter Garlic butter Garlic butter

Semudah itu untuk anda buat sendiri garlic butter yang bertaraf restoran ini. Parsley yang digunakan boleh digantikan dengan mana-mana seasoning kesukaan anda, rajin-rajin mencuba, tentu banyak perasa menarik yang ada.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Aida Md Tahir di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Sandwich Cheesecake Mudah Dan Senang, Ada 2 Flavour Orea Dan Coklat!

tags: | | |