Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal, Salah Guna Logo Halal Tak Sahih

JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal, Salah Guna Logo Halal Tak Sahih

Kategori: ,
roti jenama Ikhwan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan produk jenama Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara tidak memiliki sijil halal yang sah selepas tular di media sosial.

Pusat Kajian Ajaran Sesat Malaysia (PUKAS) di media sosial mempersoal kesahihan logo halal JAKIM terdapat pada produk roti berkenaan.

JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal, Salah Guna Logo Halal Tak Sahih

JAKIM dalam kenyataan rasmi, berkata semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk itu tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

roti jenama Ikhwan

“Kita mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk jenama Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara yang sedang tular ketika ini.

“Semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk tersebut tiada memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

“Perkara ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya.

Menurutnya, akta berkenaan menetapkan semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

roti jenama Ikhwan

“Melainkan ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah terbabit,” katanya.

JAKIM sudah pun berhubung dgn Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera dan sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

“Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh dikemukakan kepada Jabatan ini melalui email rasmi pr_halal@islam.gov.my untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan rasmi.

Sumber: Vocket & JAKIM

Baca juga: Kisah Penghantar Makanan Kongsi Cerita Pelanggan Melayu Pesan Makanan Dari Kedai Non Halal Jadi Bualan

 

tags: | |