Tular di Youtube, Uncle Roger sekali lagi mengkritik masakan chef terkenal, Jamie Oliver. Kalau sebelum ini Uncle Roger pernah memberi kritikan terhadap resepi nasi goreng dari chef tersebut, kali ini dia kembali mengkritik resepi kari hijau Thai yang membuat ramai penonton terhibur dengan gelagatnya.
Untuk pengetahuan anda, Nigel Ng merupakan seorang pelawak dan bintang Youtube yang lebih dikenali sebagai Uncle Roger. Beliau berasal dari Malaysia yang sekarang menetap di United Kingdom.
Pernah “kecewa” dengan penggunaan bahan-bahan dan kaedah memasak dari chef Jamie Oliver bila menyediakan nasi goreng, nampaknya Uncle Roger tampil lebih “kecewa” dengan chef tersebut apabila dia menyediakan kari hijau Thai yang dilihat tidak mengikuti langkah-langkah yang sebetulnya.
Penonton berasa sangat terhibur dengan gelagat Uncle Roger. Belum lagi 5 minit dah berlalu tapi bintang Youtube itu sudah pun menunjukkan reaksi kurang memuaskan.
Uncle Roger tidak habis mengeluh “haiyaa” dan “kecewa” dengan secawan beras yang digunakan oleh chef tersebut dan penggunaan halia di resepi tersebut yang sepatutnya menggunakan lengkuas.
Perkara yang mungkin membuatnya “kecewa” adalah penggunaan cili yang sedikit di dalam resepi tersebut. Menurutnya, kari hijau Thai menggunakan cili hijau yang banyak, sekurang-kurangnya 20 biji cili. Namun, Jamie Oliver hanya menggunakan 3 biji cili hijau.
Selain itu, Jamie Oliver juga menggunakan cendawan dalam kuantiti yang banyak yang membuatkan Uncle Roger kelihatan frust. Menurutnya, hidangan tersebut seakan-akan mempunyai rasa cendawan berbanding kari hijau Thai yang asli.
Setelah hidangan tersebut siap dihidang, Uncle Roger tidak bersetuju dengan hasilnya. Dia menyatakan bahawa kari hijau tersebut tidak menyerupai langsung kari hijau Thai yang asli.
Rata-rata penonton video tersebut juga meluahkan perasaan yang sama seperti kekecewaan mereka terhadap resepi Jamie Oliver di ruangan komen.
Namun, Nigel Ng pernah menjelaskan bahawa segala video yang dimuat turun olehnya tidak pernah mempunyai unsur membenci, cuma sekadar hiburan semata-mata.
Jom hiburkan hati kita hari ini dengan menonton videonya.
Kredit: mrnigelng