Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Jangan Panik Semut Masuk Dalam Bekas Gula, Ikut Tips Ini Untuk Halau Tanpa Membunuh

Jangan Panik Semut Masuk Dalam Bekas Gula, Ikut Tips Ini Untuk Halau Tanpa Membunuh

Kategori: ,
semut masuk dalam bekas

Tak dinafikan, pasti ramai yang berasa jengkel apabila mendapati semut memasuki bekas gula anda kan? Perkara itu berlaku apabila kadangkala anak-anak tidak menutup bekas gula dengan rapat.

Sememangya semut merupakan salah satu haiwan ciptaan Tuhan, tapi jika ia ada terlalu banyak di dalam rumah pasti membuatkan anggota rumah berasa tidak selesa.

Jadi bagaimana nak halau semut tanpa membunuh dan tanpa menggunakan racun? Jom lihat tips di bawah yang dikongsikan oleh pengguna di TikTok.

1. Guna rempah ratus 4 beradik

Bahan-bahan:

  • Kulit kayu manis
  • Biji limau
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang

Cara-cara:

  1. Letakkan semua bahan di dalam bekas yang mengandungi semut.
  2. Jika semut hilang, keluarkan semua rempah itu.

Kredit: TikTok kakrad76

2. Campuran cuka & air

Bahan-bahan:

  • Cuka
  • Air

Cara-cara:

  1. Ambil satu biji gelas.
  2. Masukkan setengah cawan cuka dan setengah cawan air. Kacau sebati.
  3. Masukkan bancuhan dalam botol spray.
  4. Sembur di semua laluan semut yang telah anda kenal pasti.

Kredit: TikTok mysumber

3. Guna lilin serai

Ambil serai lilin (RM2.10 di kedai eco). Hidupkan api kemudian letak di sebelah makanan yang bersemut.

Kredit: TikTok mysumber

Baca Juga: Kekurangan Stok, McDonald’s Malaysia Tidak Lagi Keluarkan Kentang Goreng Bersaiz Large

tags: |