Kadang kala selepas memasak kita akan terus kemas dan mencuci segala periuk dan kuali yang anda. Kalau masih panas pun kita akan curahkan air sejuk dahulu agar ianya cepat sejuk dan mudah dicuci nanti.
Tetapi tahukah anda tindakan tersebut bukanlah sesuatu yang bagus dan tidak patut dilakukan. Sepatutnya kuali yang masih panas harus dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum ianya dicuci.
Hal tersebut adalah kerana jika menyiram air sejuk ke dalam kuali yang panas ia dipanggil thermal shock. Ianya akan merosakkan permukaan dalam kuali meskipun kuali tersebut kuali yang berjenama dan mahal.
Thermal shock ini sebenarnya apabila logam mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat. Jadi kemungkinan besar bahan tersebut akan mengembang dan menyusur pada suhu berbeza yang kita tidak sedari.
Mesti anda semua pernah mengalami situasi dimana apabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Jadi disebabkan itu ada kuali kita yang berubah bentuknya. Dari bentuk yang bulat cantik tiba-tiba menjadi sedikit bujur.
Jadi cara terbaik untuk mengelakkan kerosakkan ini adalah dengan membiarkan kuali anda sejuk terlebih dahulu sebelum dicuci. Kalau ingin mencurah air sekali pun, gunakan air suam atau panas.
Semoga Bermanfaat!
Kredit: mStar