Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Janna Nick Kongsi Resepi Paprik Campur Yang Mudah, 10 Minit Je Dah Boleh Siap. Cepat Dan Sedap!

Janna Nick Kongsi Resepi Paprik Campur Yang Mudah, 10 Minit Je Dah Boleh Siap. Cepat Dan Sedap!

Kategori:
resepi paprik campur Janna Nick

Resepi paprik campur yang dikongsi oleh Janna Nick ini mudah sangat, hanya perlukan masa 10 minit. Walaupun cepat, rasanya sedap sangat. Sangat sesuai dijadikan menu berbuka puasa atau menu makan malam. Cuba ye jangan tak cuba!

Janna Nick Kongsi Resepi Paprik Campur Yang Mudah, 10 Minit Je Dah Boleh Siap. Cepat Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang holland
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Thai cili paste
  • Sedikit air
  • Kacang panjang
  • Lobak/ apa-apa sayuran
  • Kiub pati ayam
  • Sos ikan
  • Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Daun limau purut

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumiskan bawang holland.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram.
  3. Kemudian masukkan pula Thai cili paste dan sedikit air.
  4. Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan kacang panjang, lobak dan baby jagung.
  5. Selepas itu masukkan pula bunga kobis dan kiub pati ayam.
  6. Nak lagi umph boleh masukkan sos ikan. Kalau tak ada pun tak apa.
  7. Kemudian masukkan udang, sotong atau ayam.
  8. Akhir sekali masukkan daun limau purut. Kacau sekejap.
  9. Siap untuk dihidangkan.

https://www.facebook.com/jannanick95/videos/561375997724988/?__tn__=%2CO-R

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Janna NIck

 

 

tags: | |