Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Diformulasi & Diubahsuai Dengan Proses Kimia, Jauhi Anak-Anak Anda Dari Makanan Ini!

Diformulasi & Diubahsuai Dengan Proses Kimia, Jauhi Anak-Anak Anda Dari Makanan Ini!

Kategori: ,
jauhi anak-anak dari makanan ini

Setiap kali ke pasar raya pastinya kita bakal didatangkan dengan rasa tidak keruan yang teramat sangat. Lebih-lebih lagi jika membawa anak-anak bersama.

Mana tidaknya, anak-anak sifatnya yang inginkan makanan ringan atau jajan pastinya membuatkan para ibu bapa tidak keruan. Walaupun sudah dinasihatkan terlebih awal namun ada juga segelintir anak-anak yang tidak mengendahkannya.

Pantang masuk pasar raya dan lalu kawasan atau tempat yang menyediakan jajan pastinya mereka akan ambil juga sedikit sebanyak. Hendak marah-marah tapi ramai yang tengok.

Kalau kita letakkan balik, pastinya anak-anak menjerit tidak henti. Akhirnya kita sebagai ibu bapa yang tidak mahu merumitkan keadaan bagi sahaja apabila anak-anak mahukan.

Tak nak bawa datang sekali tiada siapa yang nak jaga mereka semua namun apabila di bawa macam ini pula jadinya. Namun sebagai ibu bapa yang pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak, kalau boleh jauhkan beberapa tempat atau kawasan makanan ini dari anak-anak.

Bukan soal wang atau sebagainya namun ia adalah soal kesihatan anak-anak. Kebanyakan makanan seperti jajan, biskut, coklat dan pelbagai lagi makanan ringan yang lain diformulasi dan diubah suai dengan proses kimia.

Jadi seperti apa yang disampaikan oleh Mazliana Mazlan seeloknya jauhkan anak-anak kita dari beberapa kawasan yang adanya beberapa makanan tersebut. Jika bawa mereka bersama membeli belah pastikan anda jauhkan tempat-tempat terlarang ini.

Untuk lebih lanjut mengapa dan apa tempatnya, jom kita ikuti perkongsian wanita tersebut di bawah ini. 

Jauhkan anak-anak anda dari tempat makanan ini! Bahaya untuk kesihatan mereka

Jauhkan kawasan dalam gambar dari anak-anak bila ke pasaraya.

Ini bukan makanan sebenar. Bukan untuk dijadikan makanan harian mahupun mingguan buat anak-anak.

Makanan ni, diformulasi dan diubahsuai dengan proses kimia, untuk jadikan ianya makanan mudah dimakan dengan rasa paling sedap. Hakikatnya, perasa tiruan, pewarna tiruan dan pengawet yang tinggi diguna untuk hasilkan makanan ni.

Laporan dari University Cambridge menyatakan, yang makanan ultra processed dibuat untuk capai keuntungan yang tinggi, tapi sebenarnya tak beri kebaikan pun pada tubuh badan.

  • Perasa tiruan.
  • Penambah perisa.
  • Pewarna tiruan.
  • Gula berlebihan.
  • Garam berlebihan.
  • Pemanis tiruan.
  • Pengawet.
  • Aditif.

Semua ni ada dalam makanan ultra-processed. Bahan ramuan segar takde banyak pun, pengawet je yang tinggi. Sebab tu boleh bertahan lama di rak pasaraya.

Anak-anak kecil, kalau kita tak bawak ke bahagian shopping macam ni, diorang takkan tahu pun. Pergi bahagian buah dan sayur, bahagian keperluan rumah, diorang akan ikut je.

Tapi bila kita dah mula beli, anak dah mula tengok, anak dah mula rasa dan kata eh sedaplahh. Pasti anak akan jadikan tempat yang wajib jugak dia pergi bila ke pasaraya.

Dulu setiap kali ke pasaraya, wajib saya singgah semua bahagian ni. Bukan selalu masuk kan, sekali pergi, penuh stok bawak balik. Konon nanti lapar, takde makanan nak makan. Senang kalau simpan biskut dan coklat kat rumah.

Tak sepatutnya makanan macam ni ada kat rumah 

Tapi, bila dah makin celik yang tak sepatutnya makanan macam ni ada kat rumah, bahagian buah pulak yang jadi tempat favourite. Biar lama-lama kat situ, ajak sekali anak pilih buah apa yang diorang nak makan.

Melentur buluh, biar dari rebungnya. Kita nak anak jaga makan, kita sendiri yang kena bentukkan anak.

Soalan favourite. Nanti bila anak dah besar, dah masuk sekolah, dah pandai pilih makanan, macam mana kita nak praktikkan healthy eating pada anak?

Kalau kita dari sekarang dah beri contoh tak jejakkan kaki ke kawasan macam dalam gambar, anak pasti akan ikut jejak langkah kita. Educate anak, kenapa makan ni tak boleh, tinggi MSG, tinggi gula.

Walau anak itu umur baru 2 tahun, apa kita cakap lagi cepat dia dapat. Sampai masa, dia recall balik je apa kita selalu cakap dan buat.

Semalam, saya main masak-masak dengan anak umur 6 tahun. Anak jadi tauke kedai, saya makan di kedai dia.

Anak tanya nak makan apa, saya jawab nak makan pasta.

Dia tanya lagi, “nak sosej sekali tak? Sosej ni buat sendiri, bukan beli kat kedai, sosej ni takde MSG.”

Saya selalu pesan dengan beri alasan kenapa dan kenapa, bilamana anak tengok orang keliling makan sosej. Dan cari pilihan yang lebih baik untuk anak. Dia faham, dia keluarkan balik apa yang saya selalu kata. Otak anak macam span kan.

Elakkan semampu yang mungkin..

Kita cuba sama-sama ya. Elakkan makanan tinggi proses dari anak-anak semampu yang mungkin.

Biskut antara makanan proses yang kita selalu bagi anak. Kurangkan ya lepas ni. Sesekali cuba tengok label belakang biskut. Mesti lebih 5 bahan.

Roti, bukan untuk jadi makanan harian anak. Apatah lagi kalau yang ada filling tinggi gula.

Tolong dan tolong jauhkan makanan ni dari anak ya. Kesian anak kalau kita masih bagi yang ini.

Minuman coklat tinggi gula, tak sesuai untuk minum pagi anak ye.

Kandungan pertama mesti gula. Korang boleh tengok label k. Bukan untuk anak kecil ye.

Aiskrim dan anak-anak tak dapat dipisahkan. Buat sendiri aiskrim Malaysia kat rumah je k.

Ini punnn. Elakkan dari anak-anak ya.

Cari yogurt asli kalau nak dapatkan probiotik untuk anak. Bukan air yogurt tinggi gula macam yang ini.

Semoga perkongsian mengenai makanan yang dilarang ini sedikit sebanyak membuka minda dan mata kita. Tolonglah jauhkan makanan atau kawasan tersebut dari anak-anak kita ya!

Sumber: Mazliana Mazlan

tags: |