Sejak beberapa hari yang lalu, bencana banjir telah melanda beberapa buah negeri dan daerah. Antara tempat yang terjejas teruk adalah di Lembah Klang dan beberapa tempat lagi. Ekoran banjir yang berlaku secara tiba-tiba ini ramai dari kalangan penduduk dan rakyat tempatan turun padang membantu.
Salah satu daripadanya adalah komuniti Sikh dari Gurdwara Sahib Petaling Jaya (GSPJ). Mereka ini telah bertungkus lumus menyediakan makanan percuma untuk mangsa-mangsa banjir di sekitar Lembah Klang. Walaupun begitu, usaha murni yang disediakan oleh mereka ini menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.
i'm here at the Gurdwara Sahib Petaling Jaya, where volunteers are preparing vegetarian/halal food to be sent out to the flood affected areas in the Klang Valley.
For further information, please contact @SikhInside #DaruratBanjir pic.twitter.com/gKpPshfbbf
— Sadho (@sadhosays) December 19, 2021
Memandangkan mereka ini bukan Islam, ramai yang mempersoalkan dan meragui status halal makanan yang disediakan oleh mereka. Walaupun makanan yang disediakan oleh mereka ini berasaskan vegetarian, masih ada individu yang berasa ragu-ragu.
https://twitter.com/Inbarajs/status/1472793980928544768?s=20
The gurdwara’s kitchen is clean and hygienic, and as such, more halalan toyyiban than many of your dark dingy favorite kedai tomyam kitchens. The food is vegetarian.
At the roots of your kembang tekak concern isn’t halal haram. It’s your siege mentality and bigotry, that’s all.
— Faizal Hamssin (@faizalhamssin) December 21, 2021
HalaL ? Wtf this means? Did they recite kalma instead of Gurbani? https://t.co/nWsnEf7Xno
— Seeq (@shivhotre) December 20, 2021
Ekoran itu, semalam Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri merupakan mantan Menteri Agama telah memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Menurut beliau, hidangan yang disediakan oleh Gurdwaraa ini tidak menjadi masalah selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka.
Dalam masa yang sama, Dr Zulkiflki juga sempat mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan oleh mereka ini. Sebagai tanda sokongan, beliau akan hadir sebentar ke Gurdwara bagi menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan.
Ya. Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab (People of the Book) selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka. Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. God bless them. https://t.co/BP7ix7956w
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) December 21, 2021
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mana telah bertungkus lumus membantu mangsa banjir ini. Semoga rakyat Malaysia yang terlibat diberikan kekuatan dan semoga juga Malaysia cepat pulih.