Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Bangla Menang, Banyak Kuat Bangla..”, Jawapan Konfiden Lelaki Bangladesh Ini Buat Ramai Terhibur

“Bangla Menang, Banyak Kuat Bangla..”, Jawapan Konfiden Lelaki Bangladesh Ini Buat Ramai Terhibur

Kategori:
rakyat bangladesh

Seperti yang diketahui ramai, pukul 9 malam tadi telah berlangsungnya perlawanan bola sepak antara negara Malaysia dan Bangladesh. Perlawanan ini cukup menggegarkan Stadium Bukit Jalil malam tadi. Selain penyokong Malaysia yang memenuhi tempat, turut hadir juga rakyat Bangladesh sebagai penyokong pasukan bola tanah air mereka.

Dalam perlawanan ini, pasukan Malaysia berjaya meraih empat gol dan pihak lawan meraih satu gol. Kejayaan ini juga melayakan Malaysia ke Piala Asia 2023 selepas 43 tahun menanti. Pastinya usaha keras dan penat lelah berlatih terbayar dengan kejayaan yang dapat dicapai oleh pasukan Harimau Malaya.

Walaubagaimanapun, dalam kegembiraan rakyat dan pasukan Malaysia pasti akan ada pasukan yang bersedih. Itu adalah satu kebiasaaan dan adat berlawan, ada menang dan ada kalahnya. Berkait dengan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Bangladesh ini adalah tentang seorang rakyat Bangladesh yang membuatkan ramai terhibur.

Telatah lucuh rakyat Bangladesh bila ditanya soal kemenangan

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh FaizHussin71, yang berkisarkan tentang seorang rakyat Bangladesh yang menjawab pertanyaan Faiz dengan cukup konfiden.

Soalan yang ditanya oleh Faiz adalah siapa yang bakal memenangi perlawanan bola sepak malam nanti, namun dengan cukup yakin lelaki yang dipanggil dengan panggilan Agus itu menjawab negara Bangla.

Sambil menikmati jajan, dia dengan bersahaja menjawab Bangla kuat apabila ditanya sama ada Bangla kuat atau tidak. Dijawab dengan penuh keyakinan, Bangla kuat, banyak kuat Bangla. Apa-apa kerja semua Bangla kuat.

Pastinya perkongsian tersebut cukup membuatkan rakyat Malaysia terhibur. Bukan terhibur disebabkan kekalahan pihak sana namun terhibur dengan cara percakapan dan jawapannya yang begitu yakin. Muka pula kelihatan bersahaja.

 

@faizhussin71 Bangla Menang lah geng ini macam #malaysiavsbangladesh #malaysiafootball #malaysia #bangladeshi ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Confident mesti ada..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Selain ada yang meminta video selepas kekalahan pihak lawan ada juga yang mengatakan gelagat Agus ini sangat comel.

Mana update hari ni bang..

Tidak kurang juga ramai yang meminta update terkini memandangkan video berkenaan disiarkan semalam.

 

Korang janga pula ambil serius atau maki Agus ini ya. Ini adalah hiburan semata-mata. Tahniah diucapkan kepada pihak Harimau Malaya kerana berjaya membawa pulang kejayaan dan seterusnya melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2023.

Buat pasukan Bangladesh pula, tahniah juga diucapkan. Korang semua sudah lakukan yang terbaik, semoga kalian semua semakin berjaya di masa hadapan. Jangan pernah putus asa, tetaplah bersemangat dan berusaha lebih keras. Pasti akan ada kejayaan korang di masa hadapan nanti.

Didoakan juga semoga pasukan Harimau Malaya bakal berjaya di Piala Asia 2023 nanti. Dengan latihan, semangat kesukanan dan juang yang tinggi pasti korang semua akan berjaya. Selamat maju jaya. Majulah sukan untuk negara!

Sumber: TikTok FaizHussin71

Baca juga: “Awal Mula Rokok..”, Nano Spray Dan Air Teh Dijadikan Vape, Ramai Kecam Tindakan Kanak Ini

tags: