Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Awal Mula Rokok..”, Nano Spray Dan Air Teh Dijadikan Vape, Ramai Kecam Tindakan Kanak Ini

“Awal Mula Rokok..”, Nano Spray Dan Air Teh Dijadikan Vape, Ramai Kecam Tindakan Kanak Ini

Kategori:
kana=kanak hisap nano spray

Sejak kemunculan virus Covid-19 beberapa tahun yang lalu, nano spray mula dikenali dan mendapat sambutan ramai. Jika sebelum ini nano spray hanya digunakan untuk tujuan keselamatan namun berbeza pula sejak beberapa tahun yang lepas. Di mana ramai yang menggunakan benda ini sebagai pembunuh kuman.

Sehinggakan nano spray ini sangat laris dan setiap orang pasti memilikinya kerana mengganggap ia dapat membunuh kuman. Dari sebesar-besar nano spray hinggalah kepada sekecil-kecil, sangat laris dan mendapat sambutan hangat.

Nano spray dijadikan seperti vape oleh dua orang kanak-kanak lelaki

Walaubagaimanapun, pada hari ini nano spray dijadikan atau diubah menjadi sesuatu yang tak pernah terfikir dek akal manusia. Di mana ada kanak-kanak yang menjadikan nano spray ini sebagai vape, bukan sebagai salah satu alat kecantikan lagi dan bukan juga sebagai pembunuh kuman.

Berkenaan dengan nano spray dijadikan vape ini, terbaharu ada seorang wanita (dirahsikan namanya) sempat berkongsi berkenaan dengan dua orang kanak-kanak menjadikan bekas tersebut sebagai vape. Menerusi video tersebut dapat dilihat, kanak=kanak berkenaan memasukkan air teh ke dalam bekas nano spray lalu meletakkan mulut pada bekas tersebut.

Kemudian, mereka dilihat menekan butang dan mendekatkan pada bibir mulut, tidak langsung menelan namun dua orang kanak-kanak lelaki ini menghembusnya keluar. Persis seperti asap rokok dan vape.

Melihat apa yang dilakukan oleh kedua-dua kanak lelaki dari negara seberang ini pastinya ia menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat kita. Mana tidaknya, ramai yang menyifatkan apa yang dilakukan oleh adik ini adalah awal kepada rokok dan vape. Walaupun ianya adalah sekadar air teh, namun tidak mungkin suatu hari nanti mereka akan mula menghisap vape dan rokok pula.

Ni kalau maka aku nampak..

Pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video yang berdurasi selama 16 saat itu. Ada yang sempat berseloroh mengatakan kalu emaknya nampak, dua-dua dah arwah. Dalam masa yang sama ada juga yang meninggalkan komen menyatakan perokok masa hadapan.

Zaman aku gulung kertas lepastu cucuh..

Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi di mana zaman kecilnya dahulu hanya menggulung kertas dan menjadikan rokok. Ada juga yang menasihatkan jangan diajar dan dibiarkan perkara yang sedemikian rupa kerana ia mengundang padah di masa hadapan.

Ya, jika dipandang ianya adalah perkara biasa. Apalah sangat nano spray tu, biasalah kanak-kanak akalnya panjang. Walaupun begitu, jangan biarkan begitu sahaja. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Mungkin kelakuan yang dianggap kecil dan tidak merbahaya pada awalnya ini boleh membawa keburukan di masa hadapan.

Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebunnya. Jadi kalau nak anak-anak jadi individu yang baik dan berguna di masa hadapan, tunjuklah contoh dan berilah tunjuk ajar yang sepatutnya kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Walaubagaimanapun, tidak boleh salahkan pihak ibu bapa seratus peratus apabila isu sebegini dilakukan oleh anak-anak mereka.

Baca juga: Gelagat Comel Makcik Dapat Minum Air Manis, Siap Larang Ambil Gambar Takut Anak Marah

tags: | | |