Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Semua Cawangan Disahkan Halal, Jenama Kami Bukan Sempena Dewa Yunani – Kata ZUS Coffee

Semua Cawangan Disahkan Halal, Jenama Kami Bukan Sempena Dewa Yunani – Kata ZUS Coffee

Kategori:
ZUS Coffee

Rangkaian kedai kopi tempatan yang popular, ZUS Coffee, tampil menjelaskan asal-usul jenama itu semasa sambutan ulang tahun keempatnya semalam ketika ada sesetengah pihak mahu ia diboikot.

Gesaan itu dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa syarikat tersebut menggunakan logo yang kononnya memaparkan dewa Yunani, Zeus, justeru ia wajar dijauhi.

Seruan itu dibuat selepas ramai yang memilih untuk beralih kepada ZUS Coffee berbanding Starbucks selepas rangkaian restoran antarabangsa itu mengambil tindakan ke atas kesatuan sekerjanya di AS kerana menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Semua Cawangan Disahkan Halal, Jenama Kami Bukan Sempena Dewa Yunani – Kata ZUS CoffeeZUS Coffee

Menurut kepada laporan Malaysiakini, Naib Presiden ZUS Coffee, Stephy Foong berkata syarikat itu “sangat sedih” dengan gesaan boikot yang digerakkan, terutamanya apabila semua cawangannya disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.

Tambah Stephy, mereka berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada Jakim bukan kerana melibatkan faktor agama semata-mata bahkan atas sebab keselamatan menu yang dihidangkan.

Dia menambah nama jenama itu tidak merujuk kepada dewa Yunani sebaliknya dikonsepkan sebagai gabungan perkataan “semangat” (zeal) dan “kita” (us).

Hari ini, kata Stephy, perkataan itu merupakan akronim yang bermaksud nilai jenama – zealous, unity dan stop at nothing.

ZUS Bermaksud Zealous, Unity, Stop At NothingZUS Coffee

Dia menjelaskan acara sambutan ulang tahun itu sengaja dianjurkan enam bulan lebih awal dan bukanlah langkah mereka untuk memberi respon kepada gesaan boikot yang digerakkan pihak tertentu.

Syarikat itu juga, kata Stephy, memutuskan untuk meneruskan program berkenaan sebagai menghormati perjanjian yang dibuat dengan rakan kongsi mereka.

“Kami merasakan ia tidak adil untuk rakan kongsi, dan ia juga tidak adil untuk pasukan kami.

“Kami tidak mahu usaha mereka sia-sia, tambahan pula kami mempunyai komuniti sendiri untuk berkhidmat, dan saya percaya komuniti yang menyokong kami akan memahami apa yang kami lakukan,” katanya lagi.

ZUS Coffee – yang kini beroperasi di 197 lokasi di seluruh Malaysia – diasaskan di Kuala Lumpur pada 2019 oleh sekumpulan lapan usahawan Malaysia.

Sumber: Malaysiakini

Baca juga: “Ini Cara Nak Minta Cuti MC”, Pelanggan Pesan Makanan Extra Pedas, Netizen Terhibur Baca Nota Pesanan Foodpanda

tags: |