Setiap individu akan pernah mengalami detik cemas. Kadang-kadang, perkara itu terjadi apabila kita terlalu lewa dan tidak berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara.
Lebih-lebih lagi bila di dapur, pelbagai bahaya wujud. Jika tidak teliti dan berhati-hati, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Seeloknya sikap pelupa juga tidak perlu ada pada diri ketika memasak. Takut lain pula jadinya.
Di Facebook, seorang pengguna, Asma Zia, memuat turun memaparkan benda ‘pelik’ yang dijumpai di dapur. Dikatakan sedang memasak air gula, wanita itu terkejut apabila melihat hasilnya setelah kembali ke ruangan dapurnya.
Seumoq hidup masak ayaq gula x pernah la lagi jadi lagu nih…
Menjengah di ruangan komen, warganet berasa seram dengan hasil air gulanya. Sampai ada yang menyamakannya dengan karakter Venom dari Marvel.
Malah, ada juga yang bergurau bahawa kejadian itu adalah disebabkan ‘makhluk halus’ yang sedang memasak air gula di dapur.
Orang ramai juga buntu dengan kejadian itu. Macam mana air gula dimasak boleh jadi seperti itu? Dah bertahun tapi tak pernah tengok perkara seperti ini.
Nasib baik tiada siapa yang tercedera. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika perkara itu tidak disedari oleh wanita itu? Meskipun periuknya tahan lasak, lambat laun perkara buruk akan terjadi juga.
Semoga perkara ini akan menjadi pengajaran buat orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika di dapur. Kalau masak air gula pun perlu dipantau.
Kredit: Asma Zia via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: “Beranak Tak Lepas Ni..” Warganet Keliru Melihat Rupa Ayam Istimewa, Sampai Takut Nak Makan.