Malaysia merupakan negara yang mengamalkan toleransi antara pelbagai kaum yang tinggal dalam satu masyarakat. Jadi, sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain amat perlu diterapkan oleh semua orang kerana kita hidup dalam pelbagai kepercayaann.
Dalam pada kekecohan dan kekalutan perbalahan yang mengatakan kita hidup berpecah belah dan mengamalkan rasisme yang tinggi, satu kisah daripada seorang wanita bernama Nur Ashikin melalui TikToknya memadamkan sedikit sebanyak resah kita.
Walaupun hidup dalam satu kejiranan yang berbilang kaum, ia tidak menjadi masalah baginya. Malah, hal ini banyak mengajarkan dia tentang sifat kasih sayang dan kemanusiaan yang sebenar.
Menurut sumber Mstar, itulah yang dirasai oleh Siti Nur Ashikin sejak empat tahun lalu selepas dia mendiami kawasan perumahan sekitar Jenjarom, Selangor.
Kejiranannya sering bertukar buah tangan dan meraikan perayaan bersama yang terdiri daripada perlbagai bangsa. Seperti kisah yang berlaku baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan olehnya berkenaan makanan yang diperoleh daripada jirannya yang berbangsa Cina.
Ia berikutan, jiran bersebelahan rumahnya yang berbangsa Cina mengadakan jamuan dan sambutan hari lahir untuk anak berusia 12 tahun.
Disebabkan jamuan berkenaan menghidangkan makanan tidak halal, jirannya tidak dapat menjemput mereke sekeluarga.
“Seminggu sebelum buat majlis, dia hari-hari tanya saya dan keluarga buat apa.
“Kemudian dia cakap akan buat sambutan hari lahir anak pada 30 Julai. Tapi, dia tak dapat jemput kerana kebanyakan makanan adalah tidak halal.
“Jadi pada hari sambutan tu, dia minta saya tidak beli apa-apa makanan untuk makan malam kerana sudah buat pesanan KFC,” ujarnya bercerita tentang jiran Cina yang berbagi makanan itu, dipetik oleh Mstar.
@eikinhanipah It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai
@eikinhanipah It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai ♬ Эта любовь – Amirchik
Melihat ruangan komen, ramai yang terharu dan tersenntuh hati dengan kisah yang dikongsikan. Menurut netizen, rakyat Malaysia boleh bersatu walaupun kita dilahirkan dalam bangsa berbeza. Disebabkan itulah kita harus saling mengenali. Jangan dibeza-bezakan oleh orang politik yang hanya ingin memecahbelahkan kita.
“Keharmonian macam ni la yang diperlukan kita untuk terapkan sesama manusia. Bukannya bersifat sombong. Baik dengan jiran tanpa mengira bangsa. Kita memerlukan antara satu sama lain,” kata netizen.
Melalui kisah jiran Cina bagi KFC ini, sememangnya ia satu kisah yang indah dan patut dicontohi semua. Tuhan menciptakan kita berbeza-beza untuk kita saling mengenal dan menebarkan kasih sayang. Jangan hanya kerana politik, kita bermusuh dan berbalah. Kita lebih baik daripada itu.
Sumber: Eikin Hanipah
Baca juga: “Mahal Lagi Tu”, Harga Maksimum Minyak Masak RM34.70 Bermula 8 Ogos, Rakyat Mohon Turunkan Lagi