
Seperti yang dijanjikan, pempengaruh dan usahawan, Jofliam akan memberikan pizza wagyu percuma kepada orang ramai susulan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.
Menerusi perkongsian Instagram Story (IGs), usahawan berusia 37 tahun itu berkata majlis resepsinya akan digantikan dengan pemberian pizza percuma yang akan diadakan pada minggu depan.
Jofliam turut memberi peringatan untuk bersedia berebut bagi mendapatkan makanan percuma.
Saya tidak adakan majlis resepsi tetapi akan gantikan dengan event.
Pizza percuma minggu depan, tapi nak datang kena bertarung walaupun percuma.
Hari pertarungan pizza tunggu hari Rabu ini. Saya letak banyak lagi makanan, Insya-Allah.
Terbaharu, dia memuatnaik maklumat tentang battle Jofliam Pizza percuma tersebut yang akan bermula jam 8pm-9pm.
“Sama macam order pizza sebelumnya, satu nombor boleh 3-5 orang. Malam ni jam 8 malam saya akan open battle. Jadi siapa yang dapat, InsyaAllah, untuk minggu ni saya akan sediakan pizza percuma dalam 2-3 jenis. Dan akan bagi minuman percuma. Ini cara saya sambut perkahwinan ini. Kongi rezeki dan buat semua happy-happy,” katanya dalam story IG berkenaan.
Katanya lagi, dia menasihatkan kepada pengikutnya untuk jangan main tipu bagi menyertai battle ini.
“Saya akan respond WhatsApp yang selepas story saya update, bukan sebelumnya,” jelasnya lagi dalam hantaran Jofliam Pizza percuma.
Sumber: Jofliam