Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » PKP Asyik Ulang Alik Dapur? Jom Buat Apam Coklat Gebu Gebas Untuk Anak-Anak

PKP Asyik Ulang Alik Dapur? Jom Buat Apam Coklat Gebu Gebas Untuk Anak-Anak

Kategori:
Jom Buat Apam Coklat

Kadang-kadang tu kering idea dah apa nak dihidangkan untuk minum petang. Lagi-lagi PKP ni, semua ada di rumah. Sentiasa ulang alik dapur cari makanan kan? Apa kata jom buat apam coklat mudah dan pasti menjadi. Rasanya yang gebu dan lembut! Anak-anak pasti suka sebab rasa colat yang pahit manis.

PKP Asyik Ulang Alik Dapur? Jom Buat Apam Coklat Gebu Gebas Untuk Anak-Anak

Bahan-bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred A
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara:

  1. Satukan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Sekadar nak sebatikan bahan dan larutkan gula. Sejukkan.
  3. Masukkan telur. Pukul sebati.
  4. Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama.
  5. Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati.
  6. Sapukan minyak pada acuan. Tuang aduan dalam acuan. Kukus 30 minit. Pastikan air kukusan telah panas mengelegak ye.
  7. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Asrinna Bakri

tags: