Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Dah Puas Makan Kek Red Velvet? Jom Cuba Resepi Kek Oren Poppy Seed Yang Mudah Ini

Dah Puas Makan Kek Red Velvet? Jom Cuba Resepi Kek Oren Poppy Seed Yang Mudah Ini

Kategori: ,
RESEPI KEK OREN POPPY SEED

Kek red velvet merupakan antara aneka kek yang sangat digemari. Malah ia pencuci mulut itu mudah didapati di mana-mana kedai bakeri. Walaupun enak, kadang-kadang mesti bosan juga bila asyik menikmati jenis kek yang sama.

Bagi anda yang gemar dengan rasa masam dari buah oren, perlu cuba resepi kek oren poppy seed yang mudah ini. Resepi yang telah dikongsikan oleh Mamamemey Airish ini mudah dicuba di rumah dengan menggunakan beberapa bahan. Ingin tahu? Jom baca.

Resepi Kek Oren Poppy Seed

Bahan-Bahan

  • 250g butter
  • 200g gula castor
  • 1 biji oren (diparut kulitnya)
  • 4 biji telur grade A
  • 4 sudu makan susu cair
  • Jus dari sebiji oren tadi
  • 1 sudu makan oren sunquick
  • 260g tepung naik sendiri
  • 2 sudu makan poppy seed (dapatkan di sini)

Bahan Frosting

  • 250g cream cheese
  • 2 sudu makan jus oren
  • 1/2 cawan icing sugar (diayak dahulu)

Cara Penyediaan

  1. Campurkan susu cair, jus sebiji oren dan oren sunquick. Jadikan sebagai buttermilk untuk melembabkan kek.
  2. Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 160C.
  3. Pukul butter dan gula sehingga kembang. Kemudian, tambahkan telur dan kulit oren.
  4. Tambahkan tepung secara bertahap berselang seli dengan buttermilk.
  5. Kemudian, tambahkan poppy seeds dan kacau menggunakan spatula sahaja.
  6. Tuang adunan dalam baking tin atau apa jenis bekas yang sesuai untuk dibakar. Kalau baking tin, sapukan butter dulu di keliling bekas. Kemudian, lapik dengan baking paper.
  7. Bakar selama 40 hingga 50 minit atau sehingga kek masak. Kalau dah masak, segera keluarkan dari oven.
  8. Untuk frosting, pukul cream cheese dan icing sugar sehingga kembang bersama jus oren. Jangan terlebih kacau. Sapu atas kek bila ia sudah sejuk. Taburkan parutan kulit oren. RESEPI KEK OREN POPPY SEED RESEPI KEK OREN POPPY SEED   RESEPI KEK OREN POPPY SEED

Resepi ini nampak sungguh mudah, kan? Rasa terliur pula bila melihat pada kek ini, mesti sedap bila dibakar di rumah. Baunya mesti harum semerbak, sudah pasti ahli keluarga akan berminat untuk mencubanya.

Selamat mencuba resepi kek poppy oren ini.

Kredit: Mamamemey Airish

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Desert Lovers Perlu Cuba!

tags: |