Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Lempeng Telur, Hidangan Yang Simple Untuk Sarapan Pagi Keluarga Anda!

Jom Cuba Resepi Lempeng Telur, Hidangan Yang Simple Untuk Sarapan Pagi Keluarga Anda!

Kategori: ,,
LEMPENG TELUR

Sarapan pagi, si ibu tentu pening kepala memikirkan hidangan untuk dimasak buat keluarga. Sebelum anak-anak ke sekolah atau suami ke kerja, mereka tentu inginkan sesuatu untuk mengisi perut yang kosong supaya sentiasa bertenaga sepangjang hari.

Kalau anda mempunyai nasi putih yang belum lagi dihabiskan, boleh gunakan dalam resepi lempeng telur ini. Resepi yang ringkas ini telah diolah oleh Nurul Izzati Ahmad Tarmizi di grup Resepi Sihat dan Tanpa Gluten. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Jom Cuba Resepi Lempeng Telur, Hidangan Yang Simple Untuk Sarapan Pagi Keluarga Anda!

Bahan-bahan

  • 2 senduk nasi sejuk
  • 1 atau 2 biji telur (ikut berapa banyak nasi. Lagi banyak nasi, lagi banyak telur kena guna)
  • Kunyit seinci
  • Garam Himalayan – dapatkan di sini
  • Mixed herbs

Cara penyediaan

  1. Potong kunyit halus-halus.
  2. Tambah telur dalam nasi. Pukul-pukul bagi rata. Kena pastikan telur tu banyak dan berair. Kalau kering sangat, tambah telur lagi.
  3. Letakkan kunyit, garam dan mixed herbs.  LEMPENG TELUR LEMPENG TELUR
  4. Goreng atas kuali leper, ratakan macam telur dadar atau lempeng. LEMPENG TELUR
  5. Dah garing dua-dua bahagian, bolehlah diangkat dan makan secara panas-panas. LEMPENG TELUR

Nota: Anda juga boleh tambahkan sayur-sayuran hijau seperti daun sup atau daun bawang dan selainnya. Ikut selera masing-masing untuk diubah suai.

Lempeng telur ini memang mudah sahaja untuk disediakan, sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi anda. Malah, ia sangat mengenyangkan dan memberi tenaga yang cukup buat keluarga anda.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Nurul Izzati Ahmad Tarmizi di grup Resepi Sihat dan Tanpa Gluten

Baca Juga: Resepi Butter Chicken Dari India Utara, Pedas & Lebih Sedap Dimakan Bersama Roti

tags: | |