Belut merupakan sejenis ikan yang enak untuk dimasak dalam pelbagai jenis masakan. Namun begitu, tak ramai menggemarinya walaupun ianya mempunyai pelbagai jenis khasiat dan sangat bermanfaat untuk kesihatan.
Bukan sahaja digoreng, ianya juga sering dijadikan sup dimana ianya lebih berkhasiat. Bagi anda yang ingin mencuba hidangan belut, boleh lah cuba resepi sup belut ini. Mudah sahaja, ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Siti Noor Hidayah Samah di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Sup ini nampak sangat menyelerakan! Jika anda berasa geli dengan belut, cuba potong belut tersebut secara kecil-kecilan dan nipis sebelum dimasak, baru lah lebih berselera.
Hidangan ini juga sesuai dimakan begitu sahaja atau bersama sepinggan nasi putih yang masih lagi panas. Ketika musim hujan juga memang bagus untuk dimakan. Lebih baik amalkan sup ini dari mi segera kerana ianya lebih berkhasiat.
Selamat mencuba resepi mudah ini.
Kredit: Siti Noor Hidayah Samah
Baca Juga: Resepi Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir, Berbau Pun Tidak! Memang Puas Hati Sangat