Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Tambah Selera Anak-Anak Untuk Makan? Jom Cuba Sediakan Telur Bistik Simple Ini Pula

Nak Tambah Selera Anak-Anak Untuk Makan? Jom Cuba Sediakan Telur Bistik Simple Ini Pula

Kategori: ,

Tak mudah nak bina selera anak-anak. Terutamanya di usia yang kecil, mereka agak memilih dan cerewet soal makanan. Tak semestinya lauk yang dimasak akan dijamu oleh mereka, jadi para ibu bapa perlu berhati-hati dan menyediakan lauk yang tepat bagi menaikkan selera mereka.

Jika dah kehabisan idea, anda boleh cuba resepi telur bistik simple ini. Sudah tentu anak-anak akan rasa lebih berselera untuk makan. Nak cuba? Jom ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Telur Bistik Simple

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur
  • 1/2 dada ayam (dipotong dadu)
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/4 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sedikit minyak
  • Serbuk perasa
  • Air secukupnya TELUR BISTIK SIMPLE

Cara Penyediaan

  1. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan goreng bagi masak. Angkat dan biarkan. TELUR BISTIK SIMPLE TELUR BISTIK SIMPLE TELUR BISTIK SIMPLE TELUR BISTIK SIMPLE
  2. Tumis bawang putih dan bawang holland, masukkan ayam. Bila dah nampak ayam hampir masak, masukkan segala sos yang ada. TELUR BISTIK SIMPLE TELUR BISTIK SIMPLE TELUR BISTIK SIMPLE
  3. Tambahkan sedikit air. Masukkan bahan perasa dan akhir sekali, masukkan sayur campur. Dah siap! TELUR BISTIK SIMPLE
  4. Curahkan atas telur tadi, sedia untuk dimakan. TELUR BISTIK SIMPLE

Setiap bahan-bahan dan langkah-langkah dalam resepi ini mudah dan ringkas sahaja, kan? Sudah tentu ia akan menjadi lauk kegemaran anak-anak anda. Jika mereka susah untuk makan, cubalah sediakan hidangan ini. Dijamin akan bertambah-tambah nasi putih mereka nanti. Pikat selera anak-anak dengan hidangan ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Cheyah Saripuddin via MAHN

Baca Juga: Resepi Mudah Mi Sup Pedas Ala Cina Bersama Telur Rebus, Hidangan Seperti Mukbang Cina. Hampir Sama & Sedap!

tags: |