Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Stres, Sakit Kepala & Penat Badan? Jom Rawat Dengan Buat Terapi Mandi Ais Guna 4 Bahan Ini!

Stres, Sakit Kepala & Penat Badan? Jom Rawat Dengan Buat Terapi Mandi Ais Guna 4 Bahan Ini!

Kategori: ,
thumnail terapi mandi ais

Terapi mandi ais memang banyak manfaatnya. Lebih-lebih lagi untuk kesihatan diri dan dalaman. Selain memberi kesegaran pada tubuh badan, terapi mandi ais juga elok diamalkan untuk mengatasi sakit kepala, lenguh badan dan stres.

Bukan sahaja rawatan tradisional mengamalkan terapi mandi ais ini, malah kebanyakan spa moden juga sudah menjadikan terapi mandi ais ini sebagai salah satu rawatan untuk kesihatan dan kecantikan. Paling penting hanya guna bahan di dapur sahaja.

Cara Buat Terapi Mandi Ais

Bahan-bahan:

  • Air 1 baldi
  • Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
  • Ais
  • Asam Limau Nipis/Purut
  • Minyak Aromaterapi (jika ada)

Cara-caranya:

  1. Sediakan 1 baldi air paip (kalau tambah air kolah masjid lagi bagus)terapi mandi ais1
  2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.terapi mandi ais 3
  3. Baca
    – Al Fatihah 7x
    – Bismillah5 7x
    – Al Ikhlas 7x
    – Selawat 3x
  4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan-lahan naik ke atas sampai kepala dan lebihkan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam pun boleh.
  5. Bila dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri dekat badan.

Selalu Mek Ten buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap barulah  mandi ais ni.

Antara kebaikan mandi ais:

  • Boleh kuruskan badan
  • Menaikkan seri wajah
  • Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
  • Menghasilkan aura positif
  • Kuatkan imunisasi & antibodi badan
  • Kuatkan tulang
  • Menghilangkan bisa & angin dalam badan
  • InsyaAllah dapat jauhkan dari benda halus
  • Menenangkan jiwa
  • Merawat penyakit jiwa (stres/kesedihan/ketakutan/panas baran)

Nota kecil: Kalau buat sekali tak jadi, buat la lagi 3,5 atau 7 hari secara berturut-turut.

Mesti ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikannya untuk kecantikan & kesihatan. Kalau anda perasan di spa pun dah banyak yang buat terapi ais ni. Cara ni juga menjadi amalan para atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat. Jadi jom cuba dan rasainya sendiri di rumah! InsyaAllah pasti lebih segar dan bertenaga selepas ini.

Jom Cuba Sekarang!

Kredit: MASKULIN

Baca juga: Hari-Hari Sakit Kepala, Akhirnya Cuba Minuman Ini. Macam Magik, Terus Hilang Sakit Kepala!

tags: | | |