Maggi boleh dikatakan ‘penyelamat’ tatkala perut tiba-tiba lapar pada tengah malam. Hanya tinggal rendam dalam air panas, masukkan perencah dan siap dah boleh dimakan!
Tapi kadang-kadang akan muncul juga rasa bosan asyik masak menggunakan perencah sama yang disediakan di dalam paket bersama maggi kan?
Seorang pengguna Facebook berkongsikan cara untuk masak maggi dengan cara yang rare, jarang dibuat orang. Menurutnya, resipi itu merupakan masakan ala stail orang itali. Jom lihat perkongsiannya oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di bawah.
Bosan masak mi segera perencah sama je? Ok ni ada resepi spageti yang saya tukarkan mi dia kepada mi segera. Ni rare gila! Mesti ramai tak pernah rasa mi stail ni. Ni masakan orang Itali.
Maggi Pesto by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (1 orang makan)
-
1 pek mi segera
-
1 pokok ketumbar
-
1 ulas bawang putih
-
2 sudu besar minyak zaitun
-
1 sudu besar kacang tanah(sangai dan tumbuk)
-
1-2 sudu besar keju Parmesan
-
1 cubit lada hitam
-
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
- Rendam atau celur mi segera hingga “al dente”. Maksudnya jangan sampai terlalu lembik atau kembang. Kalau nak mewah dan asli, guna spaghetti.
- Ni bahan asas pesto kita. Biasanya orang guna daun ketumbar, daun sup atau daun selasih (sweet basil) untuk buat pesto. Hari ni saya guna daun ketumbar. Bawang putih, pilih yang kecil sahaja.
- Daun ketumbar dan daun bawang di tumbuk halus bersama garam. Pes ni kita tak masak, jadi kalau kau orang tak boleh tahan rasa bawang putih mentah, maka rebus atau goreng dulu.
- Dah tumbuk sehingga lumat, letak pula minyak zaitun. Nak pakai minyak lain pun boleh. Kemudian gesek sampai minyak zaitun ni macam bertukar jadi macam warna lemak.
- Kemudian masukkan keju. Saya rasa keju paling sesuai untuk resepi ni adalah keju Parmigiano Reggiano atau keju Parmesan. Sagat keju sebanyak yang kau suka.
- Tadi masa letak keju, saya juga letak kacang tanah, tapi lupa ambil gambar. Boleh bayangkan tak rasa keju dan bawang putih? Sedap weh! Saya letak sikit lagi garam, dan tambah lada hitam.
- Ini optional! Jenguk dalam peti ais, ada hirisan daging (streaky beef). Saya goreng sekejap. Kau orang boleh letak sosej atau apa-apa yang kau orang nak. Saya cadang letak udang kalau ada. Udang memang ngam.
- Mi dah kembang. Pes yang kita buat tadi, kita letak pada mi dan gaul rata. Dah mesra pes dan mi, bolehlah hidang atas pinggan. Sagat keju, tabur kacang tumbuk, letak streaky beef atas mi.
- Macam ni! Pesto ni rasa dia memang unik. Rasa herba, bawang putih, dan keju yang paling menyerlah. Pedas(bawang putih mentah) dah berlemak. Makan pula dengan kepingan daging rangup dan masin.
- Close up! Makan Maggi pun macam dekat hotel lima bintang. Haha!
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca Juga: Jom Cuba Resepi Pancake Popia Kpop Yang Sedap & Mudah Untuk Disediakan