Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Peniaga Ayam Kota Bharu Jual Bawah Harga Siling Ayam Mentah

Peniaga Ayam Kota Bharu Jual Bawah Harga Siling Ayam Mentah

Kategori:
harga siling ayam

Dalam meniti kegawatan ekonomi dengan harga bahan mentah yang semakin mencanak naik, pelbagai harga baharu telah mengejutkan orang ramai. Misalnya, harga minyak pada semalam, bermula 1 Julai sudah naik mendadak sehinggakan sebotol minyak mencecah harga hampir RM50.

Pelbagai pengumuman yang diumum kerajaan mengelirukan dan mendebarkan pengguna. Tetapi untuk isu ayam, kerajaan pada 30 Jun mengumumkan harga siling ayam dengan harga dihadkan pada RM9.40 sekilogram bermula awal Julai, semalam.

Melihat perkara itu, wartawan Berita Harian telah membuat tinjauan untuk mengenal pasti situasi penjual dan pengguna tentang harga siilng baharu di Kota Bharu, Kelantan.

Peniaga Ayam Kota Bharu Jual Bawah Harga Siling Ayam Mentah

Menurut Berita Harian, rata-rata peniaga ayam di Kota Bharu menjual ayam bersih pada harga antara RM8.50 hingga RM8.70 sekilogram, di bawah harga siliing RM9.40 sekilogram ditetapkan kerajaan yang berkuatkuasa semalam.

Tinjauan di beberapa pasar basah di bandar berkenaan mendapati peniaga akur dengan arahan kerajaan. Ini kerana mereka turut menerima bekalan ayam daripada pembekal pada harga yang lebih murah berbanding sebelum ini.

harga siling ayam

Peniaga, Mohd Hishamudin Yusof, 32, berkata seawal jam 7.30 pagi, kedai ayam miliiknya sudah mula didatangi pembeli yang kebanyakannya suri rumah dan pengusaha kedai makan.

“Juadah pembeli lebih ramai pada hari ini berbanding hari biasa. Mungkin ada antara pelanggan yang turun sendiri ke pasar melihat perbandingan harga ayam selepas harga siliing baharu dillaksanakan mulai 1 Julai.

Ada yang menyambut baik pengumuman terbabit. Tidak kurang juga yang masih berharap kerajaan menurunkan lagi harga siling.

Mereka beranggapan nilai sekarang masih tinggi berbanding harga pasaran beberapa tahun lalu.

“Sebagai peniaga, saya menurut sahaja keputusan kerajaan. Ia asalkan harga yang ditetapkan masih ‘masuk akal’ dan boleh memberi sedikit keuntungan kepada saya” katanya ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah, di sini.

“Harga Siiling Ayam Masih Mahal, Mohon Turunkan Lagi”

harga siling ayam

Seorang lagi peniaga, Marzuki Hasyim, 49, berkata harga sekilogram ayam ditentukan berdasarkan ‘harga tolak’ yang diberikan pembekal dan sejak seminggu lalu, harga ayam dilihat lebih stabil. Malah bekalan juga sentiasa ada berbeza dengan situasi sebelum ini.

Pengguna, Roslina Abd Hamis, 59, menyambut baik penetapan harga siling ayam oleh kerajaan.

Tetapi pada masa yang sama, masih berharap agar ia boleh diiturunkan lagii kerana golongan B40 sepertinya masih melihat nilai itu mahal untuk sekilogram ayam.

“Ayam sebenarnya lauk yang wajib di setiap rumah, walaupun ia mahal. Kami terpaksa juga beli. Ketika krisis bekalan dan harga ayam yang terlalu tinggi baru-baru ini, saya mengambil inisiatif menukar kepada lauk lain selain ayam.

“Saya harap peniaga menjual ayam mengikit harga sioling ditetapkan kerajaan. Jangan naikkan harga ayam sesuka hati hingga menyusahkan pembeli,” katanya mengulas harga siling ayam.

Bermula 1 Julai 2020, harga siling ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

  • Ayam standard: RM9.40
  • Telur gred A: 45 sen/biji
  • Telur gred B: 43 sen/biji
  • Telur gred C: 41 sen/biji

harga siling ayam

Sumber: Berita Harian 

Baca juga: Bos Mydin Saran Kerajaan Selesaikan Masalah Rantaian Bekalan, Bukan Harga Ayam

tags: | |