Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pemuda Ini Raih Pulangan Yang Lumayan Hasil Dari Jual Durian Goreng Meletup, 100 Kg Berjaya Dijual Sehari! 

Pemuda Ini Raih Pulangan Yang Lumayan Hasil Dari Jual Durian Goreng Meletup, 100 Kg Berjaya Dijual Sehari! 

Kategori:
durian goreng

Akibat lambakan durian semakin banyak dan tak terjual. Akhirnya pemuda yang dikenali dengan nama Suhaimi Azimi ini membuat keputusan menjual durian goreng di Jalan Besar Bercham bersebelahan Taman Sri Kurau.

Menu ini mendapat sambutan hangat sehingga beliau berjaya mendapatkan pulangan yang lumayan hasil daripada menjual durian goreng meletup tersebut.

Keenakan durian goreng meletup isi durian bersama bijinya ini telah menjadi bualan ramai. Dan pastinya penduduk di kawasan berkenaan tidak ketinggalan merasai sendiri keenakan durian goreng berkenaan.

Durian goreng meletup ini dicelupkan ke dalam bancuhan dan kemudian digoreng sehingga kuning keemasan. Menurutnya dia menggunakan bancuhan tepung resepi yang diwarisi daripada ibunya.

Idea untuk menjual durian goreng tercetus selepas PKP

Menurut Suhaimi, idea untuk menjual durian goreng ini tercetus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan hampir 80 peratus buah duriannya tidak terjual. Hal tersebut adalah kerana dia tidak dapat menghantarnya ke bandar besar seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Selain menjual durian goreng meletup, sebelum ini Suhaimi juga menjual pelbagai variasi durian seperti cucur, durian crepe, kek topping isi durian dan sebagainya. Gerainya beroperasi bermula jam 12 tengahari sehingga jam 7 malam pada hari Selasa hingga Ahad.

Sumber: MetroTV

Baca juga: Hanya RM150 Untuk 3 Biji, Netizen Terkejut Harga Durian Black Thorn Dijual Murah Di Singapura

tags: