Dalam hidup yang berliku ini, usaha dan kerajinan perlu diterapkan ke dalam diri setiap orang dalam mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Seperti seorang peniaga karipap yang berjaya selepas menempuh pelbagai masalah dan cabaran, dia berkongsi kisahnya dengan wartawan Kosmo.
Gendong bakul sambil menyanyikan lagu pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
Katanya, keadaan itu menyebabkannya terpaksa membeli troli bagi meneruskan perniagaan jualan epok-epoknya.
“Bagi memenuhi permintaan, saya telah membuka sebuah kedai di bawah bimbingan Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah yang mampu mengeluarkan kira-kira 2,000 hingga 5,000 epok-epok sehari,” ujarnya.
Katanya, dia juga telah membuka ‘stall’ di beberapa kedai makanan popular seperti Restoran Kopi Tenggek di Tanjung Piai dan Restoran Kemangi di Bandar Pontian.
“Karipap yang saya jual mempunyai pelbagai jenis inti seperti kentang, telur, sardine, ayam, daging, nanas, keju dan mihun dengan harga antara RM1 hingga RM5 bergantung saiz.
“Karipap sejuk beku atau frozen dijual dengan harga RM8 sebungkus bergantung pada produk dan inti dengan saiz S, M dan L bagi jualan terus atau secara dalam talian.
“Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan usahawan Singapura bagi membolehkan Karipap Ale-Ale dipasarkan ke negara tersebut,” jelasnya.
Dia memberitahu, setakat ini dia mampu mencapai jualan antara RM60,000 hingga RM80,000 sebulan dan ada ketikanya sehingga RM100,000 pada musim cuti persekolahan.
Jasmin gembira kerana perniagaan yang diusahakannya telah membuka peluang pekerjaan kepada 15 pekerja termasuk golongan muda.
Sumber: Kosmo!
Baca juga: “Ramai Order..”, Peniaga Ini Jual Menu Ramen Dalam Durian, Hidangan Ini Jadi Perhatian Pelanggan