Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “15 Kali Masuk ICU..”, Jual Kek Tampung Kos Rawatan Anak OKU Terlantar Sejak 3 Tahun, Ibu Tabah Ini Perlu Sokongan Orang Ramai

“15 Kali Masuk ICU..”, Jual Kek Tampung Kos Rawatan Anak OKU Terlantar Sejak 3 Tahun, Ibu Tabah Ini Perlu Sokongan Orang Ramai

Kategori:
jual kek tampung kos rawatan

Bukan sekadar menjadi isteri dan suri rumah malah Zahrah Mohd Jamian turut menggagahkan diri mencari rezeki dengan membuat kek dan menjualnya di kaki lima premis.

Semuanya demi membantu meringankan beban suami untuk menyara keluarga, terutama anak sulung mereka, Nur Zetty Shazlily, 15, yang juga orang kurang upaya (OKU) yang terlantar sejak berumur tiga tahun.

“15 Kali Masuk ICU..”, Jual Kek Tampung Kos Rawatan Anak OKU Terlantar Sejak 3 Tahun, Ibu Tabah Ini Perlu Sokongan Orang Ramai

Menurut akhbar portal Harian Metro, Nur Zetty menghidap penyakit jarang jumpa iaitu sindrom Dravet. Kerana terlantar, tulang belakangnya mulai senget dan dia juga diserang sawan setiap hari.

Menurut Zahrah, 39, suaminya, Muhammad Zakri Saimon, 47, bekerja sebagai pengawal peribadi dan dia menjaga serta menguruskan Nur Zetty di rumah.

Berkongsi perihal Nur Zetty, Zahrah berkata, anak sulungnya itu dilahirkan normal malah aktif seperti kanak-kanak lain namun segalanya berubah selepas menerima suntikan ketika berumur tiga bulan.

Anak Terlahir Normal, Berubah Takdir Sejak Terima Suntikan Umur 3 Bulan

jual kek tampung kos rawatan

“Empat jam selepas terima suntikan, Nur Zetty diserang sawan dan kami bawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, ubat diberi tidak serasi menyebabkan sawannya berulang.

“Sedihnya kerana dia lahir normal malah sempat berjalan dan berlari sehingga berumur tiga tahun. Namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya ditemui di rumah sewanya dekat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini.

Menurut Zahrah, sudah 15 kali Nur Zetty dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan penyakit terbabit.

Keadaan Nur Zetty tetap sama dan itu yang menyebabkan Zahrah serta suaminya berikhtiar untuk melakukan alternatif lain dengan ke pusat rawatan swasta bagi membolehkan Nur Zetty menjalani terapi.

“Tahun lalu, doktor pakar sahkan tulang belakang Nur Zetty bengkok 60 darjah dan anak kami disyorkan untuk menjalani pembedahan pada bahagian itu (tulang belakang).

“Bagaimanapun, saya dan suami tidak berani ambil risiko kerana ia membabitkan nyawa. Kerana itu kami bawanya menjalani terapi,” katanya.

Menurutnya, mereka juga memerlukan belanja besar untuk Nur Zetty menjalani sesi terapi itu dan kerana itu, mereka terus berusaha mencari dana demi rawatan anak tersayang.

Perlu Belanja Besar Untuk Jalani Terapi Anak Tersayang

jual kek tampung kos rawatan

“Doktor memaklumkan mustahil untuk sembuh namun pakar dalam bidang terapi mengatakan masih ada peluang. “Saya pula tidak minta lebih, memadai jika Nur Zetty dapat duduk dan sihat,” katanya yang jual kek tampung kos rawatan.

Zahrah berkata, buat masa ini, dia hanya jual kek tampung kos rawatan dan mampu mencari dana dengan mengambil tempahan membuat kek dan menjualnya di kaki lima.

Selain menampung kos rawatan Nur Zetty, wang hasil jualan itu juga disimpan untuk kegunaan lima anak yang masih bersekolah.

Berniaga Sekitar Petaling Jaya, Ada Hari Tiada Kek Terjual & Sedekah Kepada Gelandangan

jual kek tampung kos rawatan

“Saya berniaga setiap hari di kaki lima premis sekitar Petaling Jaya daripada jam 6 petang hingga 10 malam dengan ditemani anak.

“Saya tidak berniaga di tempat sama kerana bukan semua kawasan sesuai malah barangan jualan pernah dirampas pihak berkuasa berikutan aduan orang ramai.

“Itu antara cabarannya malah pernah juga tiada kek terjual dan saya sedekahkan ia kepada gelandangan,” katanya yang menghasilkan kek selepas pulang berniaga.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubungi Zahrah atau Muhammad Zakri di talian 011-19526330.

Sementara itu, Muhammad Zakri berkata, selagi bernyawa, dia dan isteri akan menjaga serta mendapatkan rawatan buat Nur Zetty.

“Mulanya memang susah untuk menerima ujian ini memandangkan ia menimpa anak sulung.

Pengalaman Memang Mendewasakan

“Itu belum lagi cemuhan orang lain kerana Nur Zetty OKU. Bagaimanapun, pengalaman mendewasakan dan mengajar saya untuk terima ketentuan Allah SWT dengan lapang dada,” katanya yang memperoleh pendapatan bulanan RM2,500.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Orang Dalam Kedai Gelakkan Dia..”, Netizen Terpaku Tengok Tindakan Lelaki Ini, Jentik Hati Orang Ramai Untuk Jadi ‘Manusia’

tags: |