Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga barangan telah dinaikkan. Hal itu membuat ramai rakyat berasa terbeban dan resah menantikan solusi pada masalah tersebut.
Selain pengguna, ramai peniaga tampil untuk meluahkan kegusaran mereka dengan isu kenaikkan harga barangan dari masa ke semasa. Masalah yang sedang melanda negara sekarang membuat ramai peniaga terpaksa menghadapi kerugian. Antaranya seorang peniaga kecil ini.
Terbaharu, seorang peniaga kecil, putralukfi, telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi keluhannya ketika menguruskan perniagaan ketika negara sedang menghadapi cabaran kenaikkan harga barangan seperti makanan dan minuman.
Menjual aneka kuih-muih secara kecil-kecilan, wanita itu mampu meraih pendapatan sebanyak RM150 dalam sehari. Namun, oleh kerana perlu membeli barangan untuk menyediakan kuih untuk esok hari, dia terpaksa menghabiskan sebanyak RM120 dalam satu pembelian.
Perlu bangun pada jam 2 pagi untuk menyediakan kuih-muih dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, dia berasa sedih dan penat apabila melihat untung yang diraih tidaklah begitu memberangsangkan, tidak berbaloi dengan usaha!
@rosadatulakmalini #terasa dunia makin kejam #perjuangkan utk ank2 #anak2 #fy #fypage
@putralukfi #terasa dunia makin kejam #perjuangkan utk ank2 #anak2 #fy #fypage ♬ Dear Diary – liriiklagu
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berasa sedih apabila melihat cabaran yang dihadapi peniaga itu. Harga barangan mentah asyik meningkat, ramai terkesan, terutamanya peniaga kecil yang terpaksa belanja lebih demi meneruskan perniagaan mereka. Ada kalanya mereka juga tidak meraih begitu banyak untung.
Masalah kenaikkan harga barangan ini menjadi kerisauan orang ramai, bukan sahaja golongan peniaga sahaja. Jelas semua lapisan berasa sangat tersempit dan mengharapkan jalan penyelesaian dari pihak berwajib secepat mungkin supaya hidup mereka dapat kembali dengan normal.
Semoga kita semua tabah untuk menghadapi cabaran yang berat ini dan teruskan usaha untuk mencari solusinya secepat mungkin.
Kredit: putralukfi