Mencari rezeki bukannya sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi sekarang, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi semua, terutamanya peniaga kecil yang tertekan dengan kenaikkan harga barang dan kekurangan kuasa pembeli.
Namun, masih ada lagi mereka di luar sana yang tetap berusaha dan berkorban bukan untuk meraih untung tapi bagi memberi balik pada komuniti.
Seperti yang dilihat pada seorang lelaki yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi projek yang sedang diusahakannya.
Bermula secara kecil-kecilan, pemilik akaun busstoplawboyz kini sedang gigih berusaha menjual nasi goreng dan aiskrim bungkus pada harga RM1 sahaja.
Meniaga di sekitar stesen MRT Jalan Ipoh, dia akan membawa bungkusan jualannya dan menjaja di sekitar lokasi tersebut dari pagi hingga petang atau sehingga jualannya habis.
Tambahnya, perniagaan yang dilakukan ini bukannya untuk meraih untung tapi sekadar usahanya untuk memudahkan orang ramai mendapatkan makanan pada harga yang murah ketika waktu yang mencabar ini.
@busstoplawboyz♬ original sound – busstoplawboyz
Meninjau di ruangan komen, orang ramai yang menghargai usahanya tampil datang memberikan kata-kata semangat serta doa agar segalanya dipermudahkan buatnya.
“Semoga murah rezeki abang ni. Siapa yang jumpa, please support peniaga kecil-kecilan.”, minta seorang netizen.
Luah seorang pengguna lagi pula yang tidak mampu untuk memberi, “Semoga murah rezeki encik ya. Saya nak sokong tapi saya tinggal jauh di Singapore.”
Sebenarnya tak ramai yang gigih berusaha seperti abang ini untuk bantu mereka di luar sana mendapatkan makanan pada harga sebegini. Usahanya boleh menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Semoga kebaikkannya menjadi satu inspirasi buat kita semua dan usahanya diberkati.
Kredit: busstoplawboyz
Baca Juga: Buat Sandwich ‘Special’ Tepi Tasik, Ramai Ingat Wanita Ini Nak Makan Tapi Rupanya..