Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Naik Tangga Hari-Hari..” Jual Nasi Lemak Kuning RM1 & Laksam, Adik Ini Bantu Ibu Niaga Dari Usia 10 Tahun Buat Ramai Kagum

“Naik Tangga Hari-Hari..” Jual Nasi Lemak Kuning RM1 & Laksam, Adik Ini Bantu Ibu Niaga Dari Usia 10 Tahun Buat Ramai Kagum

Kategori:
jual nasi lemak kuning

Seperti yang kita ketahui, nasi lemak adalah simbolik Melayu dan rakyat Malaysia. Rata-rata penduduk yang tinggal di Malaysia ini pasti akan jatuh cinta dengan nasi ini. Dimakan bersama-sama dengan sambal bilis, kacang, timun batang dan beberapa lauk lain pasti lebih menyelerakan.

Ramai yang mula mencari sumber pendapatan dengan berniaga nasi mercu tanda Malaysia ini. Kegigihan mereka yang mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan sungguh mengagumkan.

Jual Nasi Lemak Kuning RM1 & Laksam, Adik Ini Bantu Ibu Niaga Dari Usia 10 Tahun Lagi Buat Ramai Kagum

Seperti kisah yang dikongsikan oleh FS Channel menerusi Facebook, berkenaan dengan kegigihan seorang adik lelaki berusia 15 tahun dalam membantu ibunya menjual Nasi Lemak Kuning dan Laksam. Bermula dari usia 10 tahun, adik ini sudah berniaga.

Di saat anak-anak yang lain sedang asyik bermain dan tidak memikirkan soal kewangan, namun adik ini lain pula ceritanya. Anak tunggal dan juga anak yatim dari kecil bernama Syahmi ini mula membantu ibunya jual nasi lemak pada usia 10 tahun lagi.

Setiap hari, adik ini akan naik tangga ke 11 blok flat 5 tingkat. Allahurabbi, kegigihannya itu cukup luar biasa.  Malah FS Channel sendiri sempat mengikuti adik ini bersama-sama naik tangga dan mereka sendiri memberitahu terlampau penat bila mengikuti kegiatan adik ini.

Naik Tangga Hari-Hari..

Ni adik Shahmi. Baru 15 tahun. Dia anak tunggal dan dia anak yatim dari kecil. Dari umur 10 tahun bantu ibu, setiap hari dia akan pergi naik tangga ke 11 block flat 5 tingkat bagi memastikan Nasi Lemak Kuning dan Laksam masakan ibunya habis.

Letih sangat bila ikut adik ni bagi orang. Macam mana lah dia boleh naik tangga hari-hari. Adik ni akan jerit kuat-kuat ” nasi lemak ” bila sampai setiap tingkat. RM1 je sebungkus dan sambal nasi lemak dia sangat sedap. Makan satu mesti nak lagi.

Menurut FS Channel lagi, Nasi Lemak Kuning yang dijual RM1 sebungkus itu sangat enak dan sempat meminta orang ramai agar menyokong adik Syahmi ini berniaga berdekatan kawasan flat Taman Bukit Angsana Cheras.

Adik ni banyak kali ucap terima kasih bantu dia dan bagi dia hadiah. Adik Shahmi cakap jom lah support dia niaga berdekatan kawasan flat Taman Bukit Angsana Cheras. Confirm puas hati.

Yang berdekatan dan tinggal di kawasan tu kalau dengar adik Shahmi jerit “nasi lemak” cepat-cepat buka pintu beli..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen yang ditinggalkan warganet. Ramai yang kagum akan kegigihan adik ini dan ramai juga yang mendoakan Syahmi agar dimurahkan rezeki selalu.

Ada juga yang menulis, harga makanan yang dijual oleh adik ini sangat murah dan turut menyatakan Laksam adalah makanan kegemarannya.

“Allahu, murah sangat dik jualan, ni kalau dekat memang akak borong hari-hari. Laksam tu feveret akak. Akak doakan adik n keluarga diberikan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan. Amin”, tulis Nurul Pu Teh di ruangan komen.

Contoh anak yang akan berjaya..

 

Korang yang berada di kawasan flat tersebut, support la selalu adik ini. Nasi Lemak Kuning yang dijual tu tak mahal pun, RM1 sahaja. Siapa tahu, dengan nilai yang sedikit itu kita mampu membahagiakan orang lain. Sama-sama support ya!

Sumber: Facebook FS Channel 

Baca juga:  “Bestnya Ada Ayah..” Setiap Kali Pulang Dari Masjid, Ayah Selalu Jengah Bilik Ajak Makan. Gadis Ini Buat Ramai Menangis

tags: | | | | |