Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Roti Canai 50 Sen Sejak 32 Tahun, Pak Kamil Mahu Kekalkan Harga Macam Tahun 90 An

Jual Roti Canai 50 Sen Sejak 32 Tahun, Pak Kamil Mahu Kekalkan Harga Macam Tahun 90 An

Kategori:
roti canai 50 sen

Seperti sedia maklum, harga roti canai sudah meningkat kerana harga bahan mentah seperti tepung dan telur sudah semakin menaik. Ada peniaga yang menjual dengan harga RM2 keatas dan ada juga yang masih mengekalkan harga RM1.20 untuk roti canai kosong, misalnya.

Tetapi, ia berbeza dengan seorang peniaga roti canai di Pasir Puteh, Kelantan apabila dia masih mahu mengekalkan harga roti canai seperti tahun 90-an. Ini kerana, dia tidak mahu membebankan pelanggan dalam ekonomi yang serba mencabar ini.

Jual Roti Canai 50 Sen Sejak 32 Tahun, Pak Kamil Mahu Kekalkan Harga Macam Tahun 90 An

Menurut sumber Kosmo, peniaga yang bernama Md. Kamil Abdullah, 64 berkata, dia masih memperoleh keuntungan walaupun sedikit.

“Setiap hari, saya mampu menjual sebanyak 800 hingga 1,000 keping roti canai sehari dengan dibantu empat anak.

“Saya akui kenaikan kos bahan mentah adalah cabaran utama sebagai peniaga, namun ia bukan alasan untuk menaikkan harga makanan sesuka hati.

“Ini kerana, kebanyakan bahan mentah untuk menghasilkan roti canai masih ditampung subsidi oleh kerajaan,” katanya ketiku ditemui Kosmo! Ahad ini.

Md. Kamil memberitahu, kebanyakan pelanggan terdiri daripada pengunjung Air Terjun Jeram Pasu, ibu bapa kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Malah ramai yang menempah roti canai untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatin dan tahfiz di daerah ini.

roti canai 50 sen

“Tempahan daripada pelanggan tidak pernah putus apabila dua kuali sentiasa penuh untuk menggoreng roti canai setiap hari.

“Saya akan terus mengekalkan harga 50 sen selagi mampu sebagai tanda perkongsian rezeki dengan orang ramai dan amal jariah ibu bapa saya yang telah pergi,” ujarnya yang menjual roti canai 50 sen itu.

Terus Kekalkan Harga Selagi Mampu, Tanda Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai Dan Amal Jariah Ibu Bapa Yang Telah Pergi

roti canai 50 sen

Menurut Md. Kamil, saiz roti canai yang dihasilkannya juga masih sama seperti dahulu, meskipun ia dijual dengan harga yang sangat murah.

Selain roti canai, diia turut menjual murtabak pada harga RM3 sekeping.

Gerainya yang terletak di laluan utama masuk ke kawasan Air Terjun Jeram Pasu Pasir Puteh, Kelantan. Dan, gerainya dibuka mulai pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Terima kasih kepada Encik Kamil kerana mahu berkongsi rezeki dengan orang ramai di samping berniaga roti canai yang sangat murah harganya. Semoga perniagaannya sentiasa dilimpahi rezeki dan mari menyokong Encik Kamil supaya dia boleh berbagi rezeki dengan orang ramai yang lain.

Sumber: Kosmo!

Baca juga: “Makanan Adalah Hak Untuk Semua”, NGO Dapur Jalanan Selamatkan Jiwa Gelandangan Miskin Kota

tags: | |