
Apabila tiba bulan puasa, air balang sememangnya menjadi jualan yang laris dan mendapat permintaan tinggi oleh orang ramai.
Kebiasaannya, air balang dijual dengan pelbagai perisa untuk menarik pelanggan membelinya. Ada yang menjual air balang dalam bentuk teh, dan ada yang menjualnya dalam bentuk air buah-buahan.
Tetapi lain pula dengan seorang peniaga dengan nama @fexnutritionhq yang menjual air balang berisi air susu protein (Fex Nutrition).
Menurutnya, ia bukan sahaja penting untuk bina otot, tetapi menstabilkan metabolisme badan dan pulihkan otot selepas workout.
Tambahnya, ia juga memberikan rasa kenyang yang lama kepada tubuh-badan dan sekaligus memberikan tenaga.
Melihat ruangan komen, ramai yang teruja dan ingin mencuba air balang protein tersebut.
“Tak pernah dibuat orang jual air protein dekat Bazar Ramadan. Is orang pertama, terbaik,” kata salah seorang netizen di ruangan komen.
Dalam perkembangan sama, peniaga juga menjual air balang pelbagai perisa dengan nama Air Balang Abang Sado
Lokasi: Bazar Ramadan Pantai Batu Burok
Sumber: Fexnutritionhq
Baca juga: Famous Amos Perkenal Biskut Dengan Rasa Nasi Lemak Pedas-Pedas, Keluaran Edisi Terhad Untuk Dicuba!